..Assalamualaikum..
..Heyloo.. Hari ni terlebih +ve aura...
..Update blog sampai dua kali..
..Kesian kat kawan2 sampai nanges2 minta cerpen baru..
..Haha.. Okey2.. Nah.. Nah.. Ambik..
..Baca sampai Lebam..
..Okeyh.. Dengan lafaz Bismillah..
..Saya release one more cerpen..
..Tapi tak apa ke..?? Kalau kena ciplak macam mana..??
..Haha.. Okey.. Copyright belongs to Allah.. I believe that...
SAYANGKU IZZUE ISLAM
Jubah berwarna ungu gelap itu disarung ke badan. Tudung express berwarna ungu lembut dicapai. “Cantiknya sayang Pakwe ni. Dah, jom.” Tersengih-sengih Yaya mendengar pujian Pakwe (panggilan untuk atuk sebelah mak).
“Dah jadi anak dara dah cucu Cikgu Bakar ni.” Ada suara yang mengusik. Tersipu malu Yaya apabila dipuji begitu. “Itulah, rasa macam baru semalam hantar dia pergi sekolah tadika.” Jawab Pakwe. Amboi, Pakwe ni kalau bagi ayat tu macam tak kena je bunyinya.
“Bolehlah kalau nak hantar rombongan sekarang.” Tiba-tiba suara Pak Ngah membuatkan senyumanku mati. Rombongan apa? Rombongan kak limah ke? Ke rombongan puteri umno? Oppss.. Tak boleh politik.
Meledak suara Pakwe dan Pak Ngah bergabung ketawa. Suka sangatlah tu. Aku tak suka,ok. Masih muda untuk ke arah itu.
Selasai kenduri di surau, aku berjalan balik dengan Jaja merangkap sepupu aku yang paling rapat. Makwe dan pakwe awal-awal dah suruh aku balik dulu.
“Yaya. Kau dah dapat panggilan mana-mana ke?”
“Panggilan?” Soal Yaya pelik. Jaja pandang dengan pandangan yang membunuh. Walaupun jalan kecil yang hanya diterangi lampu jalan yang kelam itu aku masih boleh nampak betapa menyinganya muka dia.
Tanpa diduga, ketawa aku meletus melihat reaksi Jaja. “Kau ni, dah rindu penampar aku agaknya.” Jawab Jaja. Aku ketawa lagi kuat.
Setelah aku habis ketawa. Aku lihat Jaja tarik muka. “Panggilan belajar ke?” Ujarku dengan ketawa yang masih bersisa.
Apabila Jaja tiada respon, aku membalas lagi. “Belum lagi lah. Chill lah. Lepak lah dulu.” Tangan aku pautkan pada bahu Jaja. Tiada respon jugak? Pantas tangan aku menutup telekung ke mukanya.
“Yayaaaa…” Jerit Jaja. Alamak. Aku mula mengangkat sedikit kain jubah untuk membuka langkah seribu. Nasib baik ada pakai seluar kat dalam.
Macam tak cukup tanah aku berlari. Mahu tidaknya. Yang mengejar itu adalah olahragawati sekolah kami dulu. Aku ni, setakat main galah panjang, main congkak pandailah.
Apabila tangan Jaja yang panjang itu berjaya mencapai hujung telekung aku, laju saja dia menarik. Dan…
Bukkk…
Macam nangka busuk gayanya bila aku jatuh terlentang akibat telekung yang ditarik. “Huaa… Sakitlah Jaja.” Aku mengosok kepala. Sakitnya yang amat.
“Eh.. Aku tarik sikit je. Kau yang jatuh over sangat.”
“Kepala otak kau. Sakitlah.. Bergegar otak aku.” Menyeringai menahan sakit aku.
“Laa.. Ni kenapa?” Makwe yang berada di belakang kami sejak tadi meluru mendapatkan aku yang sudah terlentang di tengah-tengah jalan.
“Itulah.. Main-main lagi. Sudah, jom balik.” Sempat lagi Makwe membebel. Jaja menaikkan ibu jarinya dengan senyuman yang amat menyakitkan hati dan pundi hempedu aku.
“Eh.. Jaja nak tidur rumah Makwe, kan?” Makwe berhenti berjalan dan menoleh ke arah Jaja. Anggukan Jaja membuatkan Makwe membuka mulut sekali lagi. “Dah.. Pergi teman Jaja ambil baju. Lepas tu balik cepat.”
Makwe berlalu dengan rombongan mak cik-mak cik bedak, peah, senah dan seangkatan dengannya. Riuh sekampung kalau rombongan ni bergabung.
Laju kaki Yaya menyepak kaki Jaja. “Oii.. Apa ni?” Soal Jaja tidak puas hati. “Adil ye. Kau satu, aku satu. Itupun aku bagi sikit je. Kalau ikutkan hati, ada juga berlaku pertumpahan darah kat sini.”
Jaja ketawa. Kepala Yaya dibalut dengan kain telekung. Dan sepanjang jalan ke rumah Jaja, asyik bergaduh je tak berhenti. Gaduh-gaduh manja lah. Kalau gaduh betul dah sampai hospital dah agaknya.
******************************************************
Yaya merenung sawah yang terbentang luas. Dah lama tak balik kampung, inilah jadinya. Macam orang jakun tengok sawah.
“Yaya…” Macam tersungkur aku dibuatnya apabila ada orang yang menjerit dan menolak bahu aku. Memang suka tengok aku tersungkur tepi parit ni.
Aku menoleh siapa yang mencari nahas tu. Dan siapa lagi kalau bukan si Jaja gila ni. “Woi gila.. Nak mati ke?” Jerit aku. Geram pula aku tengok dia tersengih-sengih macam kerang busuk seminggu tak buang.
Kuat Jaja ketawa. Dan tiba-tiba pula peluk aku. Haila, nasib sepupu. Kalau tidak, memang dah kena tunjal kepala dia ni.
“Tahniah ya sepupuku. Dah nak kahwin.” Kening aku macam nak tercantum rasanya. “Siapa yang nak kahwin?” Soalku pelik.
Tudung aku betulkan. Perempuan ni kalau peluk aku habis tertarik semua tudung aku. “Kaulah. Takkan aku pula. Kalau boleh perempuan kahwin lebih dari satu, aku dah buat dah.”
Yaya menggaru kening. “Kau memang gatal. Dah lah kahwin masa tengah study.”
Jaja ketawa. “Jodoh dah sampai. Dah seru aku. Aku sahut je lah.”
“Eh.. Apasal kau cakap aku nak kahwin pula? Kenapa aku tak tahu?”
“Kau tak tahu? Pergilah tanya Pakwe dengan Makwe.”
Laju aku bangun, berlari masuk ke dalam rumah. Tak ada pula Pakwe kat ruang tamu. Kat mana pula ni?
Langkah diatur ke belakang rumah. Ke reban ayam dan seterusnya ke kandang itik dan angsa.
“Apa Pakwe buat kat mini zoo ni?” Soalku. Bekas makanan itik diambil dari tangan Pakwe. Aku pula sambung kerja bagi makan ‘anak-anak’ Pakwe ni.
Pakwe senyum. “Ada apa ni? Sampai cari ke belakang ni, mesti ada hal.” Pakwe melabuhkan punggung di kerusi panjang di bawah rumah.
“Siapa yang nak kahwin? Yaya ke Pakwe?” Soal aku. Pakwe ketawa. “Kalau Pakwe kahwin, Yaya kena tolong carikan. Biar yang cantik macam Rozita Che Wan tu.”
Aku menjegilkan mata. Amboi, selera besar. “Hui.. Tak sayang mulut. Kalau Makwe dengar, kita dua kena pancung terus.”
Lagi kuat Pakwe ketawa. Aku bagi warning, dia ketawa pula.
“Yaya.. Kejap lagi mandikan angsa dengan itik tu. Dah bau kambing. Pakwe masuk dulu.”
Eh.. Soalan aku tak berjawab lagi. Angsa bau kambing? Pelik bunyinya.
**************************************************************
“Hah..???” Terkejut beruk aku dengar ayat-ayat yang tersusun elok keluar dari mulut Pakwe.
Jaja dah ketawa guling-guling. Aku rasa macam nak bagi penyepak je. “Biar betul Pakwe?” Soalku inginkan kepastian.
“Betullah. Si Ashraf tu dah berkenan sangat dengan kamu.”
Aku garu kepala. Bukan ke si Ashraf ni junior aku masa kat sekolah.
“Pakwe salah dengar kot. Mak dia datang meminang bagi pihak abang dia agaknya.” Aku cuba menafikan. Eh, tak mungkin ‘budak jambu’ sekolah aku tu nak kat aku pula.
“Eh.. Aku ni memang dah tua. Tapi belum pekak, belum lagi nyanyuk.” Makwe yang diam dari tadi menjawab. Aku garu kepala.
Senget dah tudung aku. Kalau tak ada suami si Jaja ni, dah lama aku tanggalkan tudung ni. Makin gatal pula kepala aku rasanya.
“Sudahlah. Tak payah nak fikir banyak. Fikir masak-masak. Buat istikharah. Minta petunjuk. Kalau betul terimalah, kalau tolak pun tak apa. Tak ada siapa yang marah.” Senang je cakap Pakwe.
Masalahnya otak aku yang kena fikir sekarang ni. Serabut pula rasanya. Jaja tersenyum-senyum. Hisy.. Muka minta penyepak je perempuan seorang ni.
Masuk je bilik, aku golek-golek atas katil. Jaja yang baru masuk ke bilik, berbaring di sebelah aku.
“Hoi.. Tak malu ke? Ini bilik anak dara. Yang dah tak ada dara sila ke rumah masing-masing.” Ujar. Sengaja menyakat Jaja.
Laju tangan Jaja menepuk punggung aku. Kurang asam punya budak. Aset aku tu.
“Saya Amni Khadeeja dah minta kebenaran suami saya untuk tidur bersama sepupu saya yang bakal berkahwin tidak lama lagi untuk saya menurunkan ilmu-ilmu perkahwinan.”
Macam nak muntah aku dengar. Kau ingat kau pakar motivasi? Baik aku buka Youtube. Lagi banyak info berguna.
“Huuuaaaaaa……” Aku menjerit. Terkejut melihat apabila gambar di Facebook.
“Kenapa?” Soal Jaja terkejut. Lantas dia duduk. Aku membenamkan muka ke bantal.
“Izzue Islam dah kahwin. Hua… Sampai hati dia tak tunggu aku.” Jaja menepuk dahinya. “Aku ingatkan apalah tadi.”
“Hei.. Kau ingat, kalau dia tak kahwin dengan Awin Nurin tu. Dia nak masuk meminang kau? Kirim salam lah wei. Mimpi pun janganlah.”
Aku mencebik. Alahai, hero kesayangan aku dah kahwin pula. Sedih betul.
“Hah.. Si Ashraf tu ada iras-iras Izzue Islam,kan. Memang jodoh lah tu. Tak dapat Izzue, dapat pelanduk dua serupa pun ok apa.”
Aku berfikir kejap. Cuba merekodkan kembali rupa Ashraf. Dah lama betul tak jumpa.
“A’ah lah. Petanda lah ni,kan?” Aku tersenyum lebar. Memang ada rupa Izzue Islam pun. Cuma si Ashraf ni ditambah dengan lesung pipit.
Jaja menjulingkan mata. Kalau cakap pasal Izzue Islam, sengihnya sampai ke telinga.
“So.. Aku setujulah.” Pantas bantal diambil dan diletakkan bawah kepala. Mata ditutup.
“Eh.. eh.. Kau kena setuju sebab Ashraf bukan sebab Izzue tu. Ashraf ni realiti, Izzue tu fantasi kau je.” Jaja menggerakkan badan aku.
“Ye lah.”
“Hah.. Kau jangan buat pasal. Kang tak pasal-pasal baru dua minggu kahwin dah kena cerai.”
“Ooii.. Choii.. Nauzubillah. Minta simpang. Kau ni, mulut tu cuba doakan yang baik je. Ini tak, mulut macam parit.” Aku tutup mata balik.
Jaja ketawa. “Tahu takut.” Tangan dia dengan tak malunya terus peluk pinggang aku.
“Heii.. Gelilah. Nak peluk-peluk, pergi tidur dengan laki kau.” Terbangun aku dibuatnya. Ee.. Meremang bulu roma aku.
Bukannya tak biasa tidur berpeluk-peluk ni. Padahal zaman sekolah dulu memang tidur berpeluk-peluk je dengan perempuan ni. Tapi tiba-tiba rasa macam geli pula.
“Eleh.. Poodah.. Mentang-mentang dah nak kahwin, aku nak peluk pun tak boleh.” Terus Jaja berpusing.
“Alala.. Merajuk pula. Tak apa, aku peluk kau ea.” Aku terus peluk Jaja. Laju reflek Jaja menolak.
“Hei.. Apa yang bergusti malam-malam ni. Tidur lah.” Terdengar suara Makwe menjerit.
Aku dan Jaja ketawa. Seperti biasa, Makwe macam siren kat asrama suruh pelajar tidur.
*************************************************************
“Kenapa awak pilih saya?” Soalku. Chewah.. Pakai awak saya pula. Tapi betul juga, masa sekolah dulu, aku mana pernah bercakap dengan dia ni.
Dia je yang gatal suka usik aku. Ashraf ketawa. Songkoknya diletak di meja solek. Malu pula aku tiba-tiba . Rasa muka macam kena simbah minyak panas pula. Fuh.. Melecur.
“Saya pilih awak sebab Allah.” Aku mengangguk perlahan. Jawapan dia macam tak menjawab soalan aku pun. Tak apa lah.
“Ingat tak gambar ni?” Tiba-tiba dia menunjukkan sekeping gambar yang dikeluarkan dari dompetnya.
Aku mengambil gambar tersebut. Ditenung-tenung. Dibelek-belek. “Ni gambar masa kita sekolah dulu. Masa saya tingkatan empat.” Jawab aku.
“Erm.. Betullah tu. Sejak hari tu, saya selalu kacau awak, kan? Kat mana-manalah kalau terserempak.”
“Ada sekali tu, masa awak nak turun tangga, saya tahan awak. Ingat tak?” Soalnya sambil tersenyum.
Adui.. Malunya aku. Ini yang aku tak suka bila dah buka cerita zaman sekolah. Aku dah lah ‘baik’ budaknya masa kat sekolah dulu.
“Sejak dari hari tu, saya rasa saya suka sangat kat awak. Sehari kalau tak menyakat awak, rasa macam something je. Walaupun member semua cakap tu semua cinta monyet.”
“Tapi bagi saya, si monyet ni lah saya suka.” Aku menjegilkan mata. Kurang asam punya budak, dia panggil aku monyet?
Dan dia terus bercerita segala apa yang membuatkan dia nekad untuk memiliki aku. Terharu pula rasanya.
Terbuai-buai perasaan aku. Terasa macam kisah ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ pula. Yang si perempuan lebih berusia daripada lelaki.
Tapi sekarang dah jadi trend perempuan lagi berusia. Sama macam kes hero kesayangan aku. Izzue Islam. Dan pemain bola sepak kegemaran aku, Zaquan Adha.
Jadi, kesimpulannya, cinta tak mengenal apa-apa faktor. Bak kata Pakwe. Love is blind. Haha.
************************************************************
“Amboi.. Senyum sampai ke telinga.” Aku sedikit terkejut dengan suara Ashraf yang sudah melabuhkan punggung di sebelahku. Mata aku tetap ralit menonton televisyen.
“Mestilah.. Izzue Islam tu.” Senyum aku terus melebar apabila melihat reaksi Izzue Islam di kaca televisyen.
Habis saja rancangan itu, aku terus menutup televisyen. “Yes sayang. Is there anything I can help you?” Soal aku. Berpaling memandang si suami yang hanya mendiamkan diri dari tadi.
“Nothing. Ada orang tu leka tengok Izzue Islam. Hero dia yang copy paste muka Izzue Islam ni, tak nak pula dia tengok.” Jawab Ashraf.
Aik.. Rasa tersindir pula aku. Merajuk ke mamat ni?
“Ala.. Janganlah merajuk. Tengah tengoklah ni. Biar anak kita nanti ikut muka Daddy dia yang sweet ni.” Aku menyentuh perut yang semakin membesar.
Aku nampak Ashraf senyum. Sukalah tu, kena puji. “Inilah dugaan untuk Ash. Orang lain pening bila isteri mengidam macam-macam. Yang dia pula, mengidam nak tengok Izzue Islam. Ada ke patut?”
Aku ketawa. Entahlah, aku pun tak tahu. Kalau sehari tak tengok Izzue Islam, rasa macam tak lengkap hidup aku. Boleh jadi pula nak menangis. Teruk betul.
Kadang-kadang rasa macam nak kawal juga perasaan tu takut Ashraf berkecil hati tetapi aku pula yang melalak tengah-tengah malam. Mengigau.
Tanpa banyak cakap, aku tarik Ashraf ke bilik. “Okey. Kes ditutup. Jom tidur. Yaya dengan baby mengantuk.”
Dan seperti biasa. Ashraf merelakan tangannya untuk dijadikan bantal kepala aku.
Sepanjang aku mengadung, itulah bantal aku. Sampai merajuk kalau tak dapat tidur beralas lengan Ashraf. Kesian juga kat dia, mesti lenguh sampai pagi nak tampung kepala otak aku ni.
Tapi nak buat macam mana. Aku sendiri tak faham dengan perangai aku.
“Sayang.. Did you know how much I love you?” Ashraf mula memintal hujung rambut aku. Aku pula leka merenung muka dia.
Aku diam je. Membiarkan dia terus berkata-kata. “Semakin Yaya buat perangai macam ni, semakin Ash sayang dengan mak buyung ni.” Bunga-bunga cintanya sudah keluar.
“Amboi.. cantik punya hipotesis.” Ashraf ketawa. Muka aku diraup dengan tangan dia yang penuh kat muka aku.
“Buyung pun buatan orang. Susah bila kena penyakit buatan orang ni. Hari-hari nak kena tidur bawah ketiak orang tu je.” Lagi kuat Ashraf ketawa bila aku dah mula membebel.
“Nasib baik wangi.” Sambung aku. “Ye la. Takkan nak tidur bawah ketika Izzue pula?” Ashraf cuba menduga aku.
Aku senyum. “Tu tempat bini dia. Tempat Yaya kat sini. Yaya ada bantal yang lagi best.” Aku memeluk Ashraf.
Ashraf turut membalas pelukan aku. Rasa selamat bila dengan suami sendiri. Chewahh.. Ayat dramatik gila.
Dan itulah cerita aku dan bantalku. Eh.. Dengan cinta hatiku yang amat membahagiakan rohani dan jasmani. Semoga cinta yang dikurniakan ini kekal hingga ke jannah.
Can drop your comment.. Assalam..
XOXO_CTZ
XOXO_CTZ
No comments:
Post a Comment