Thursday 26 June 2014

Feel This Moment


Gambar Kenangan Top Leaders Circle Diamond Night 2014
TLC adalah KAMI!! KAMI adalah TLC!!!! 
Kata-kata keramat yang kami laungkan semasa Event Red Carpet yang baru saja berlalu.. 
Tak kira dimana saja kami berada.
Tak kira berapa pun usia kami.
Tak kira apa saja latarbelakang kami dan tak kira apa saja cabaran yg datang sekalipun.. 
Kami tetap bersama-sama!!! 

We are the proud member of TLC TEAM, we're coming together, working together, sacrifice together because we know when we're together we are an ocean and we'll become ultimate champion!!

WE LOVE TLC!!! 

XOXO_CTZ

Wednesday 25 June 2014

Harga BVSM-Bio Velocity SleepMate

..Assalamualaikum..
..Alhamdulillah..
..Terasa nak melompat-lompat bila dapat tolong orang kan..
..Happy sangat bila ada orang call terus nak beli BVSM ni..
..Siap dah bank in..
..Nampak tak benefit dia..?? Bila orang dah tahu benefit, tak ada ragu-ragu dah..
..Terus grab.. Sebab kita lebih sayangnya nyawa dan sekujur tubuh kita ni..
..Tak ada ganti.. Bukan boleh pakai sorang je, satu family sekampung boleh share pakai..
..Kalau awak tak kedekut macam saya lah.. Haha..

 ..Penting ke tidur tu..??
 ..Hello, sangat PENTING okey..!!
..Tidur berlebihan pun tak boleh, tidur terkurang pun tak bagus..
..So, yang bagus adalah bila dapat TIDUR YANG BERKUALITI..
..Pernah tak rasa, dah lama dah tidur tapi macam tak cukup..
..Pernah tak rasa, dah lama tidur tapi macam tak tidur je (macam tidur2 ayam je)
..Yeahh.. Itu tandanya uolls tak de kualiti dalam ketiduran.. (Apa pelik bahasa aku)

..Penting tau tidur ni..
..Kalau macam iolss ni..
..Kalau tak cukup tidur boleh sampai kena needle prick injury..
..Ngantuk punya pasal..
..Bukanlah prick orang lain.. Prick myself..
..Kalau prick orang dah kena slap smash laju-laju..

 ..Siapa yang sesuai guna..??
..Semua pun boleh.. Dari kecik sampai ke tua.. Opps, remaja purba..
..Tak kisahlah uolls ada sakit ke tak de sakit ke..
..Tapi, TIPU kalau kata tak ada sakit.. Kan..?? 

..Cahaya dhuha yang terserap dalam pelapik tilam ni amatlah mendamaikan..
..Ramai yg cakap.. Eh, macam selimut je kot.. Apa yang power sangat..
..Mai la nak tengok power tak power..
..Sampai husband adn wife boleh panggil ni TILAM KUAT..
..Opps, maafkan saya.. Saya belum lagi patut cerita pasal tu..

  ..So, ada alasan lagi tak untuk katakan TIDAK..??
..Ada lagi.. Jom layan testimoni..

 ..Ni Abg Nuzul.. One of TLC members juga..
..Kagum dengan semangat dia..
..Kalau kat hospital, kita ada RIPPLE MATTRESS utk patient yang strok, unconcious..
..But then, lagi bagus kalau selimutkan dia dengan BVSM ni..
..Tak de maknanya misi nak marah ke, doktor nak sembur ke..
..TAK ADA..!!
..Malah misi macam saya lagi suka sebab dia punya blood circulation dah okey and blood pressure dalam range normal je.."
..Maka berkuranglah kerja cik misi ini.. Haha..

 ..Pasal harga..
..RM****..
..Suspen kan..??
..Silalah wasap or call no saya ni 0176802559..
..Sekian..


XOXO_CTZ

Friday 20 June 2014

Unknown Di Hati



“Seriously?”
Aku yang duduk tekun menulis laporan pesakit menoleh ke kiri sedikit. Memandang ke arah suara itu. Aku buat muka pelik. Tanda bertanya.
Sulyza menunjukkan kad kahwin itu. Aku mengeluh perlahan. Itu isu yang dipersoalkan.
“Ye lah. Dah terang-terangan aku letak kad tu kat pantri.” Jawabku malas. Sulyza ini memang ada satu perangai kepochi yang semua staff tahu.
Dia ketawa mengejek. “Ada pula orang nak kahwin dengan kau.” Sindirnya. Hatiku meletup bagai letupan tong gas.
“Habis tu? Kau je yang nak kahwin?” Balas Atiqah.
Aku senyum memandang Atiqah. Ibu jari aku naikkan. Aku urut dada. Cuba menenangkan diri sendiri.
Istighfar Hani, istighfar banyak-banyak. Dia memang macam tu. Dah tahu kan perangai dia, jadi abaikan sahaja. Bertenang.
Sulyza pandang aku dengan muka tak puas hati.
            “Needle tu. Buat elok-elok. Kang tak pasal kena kaunseling, needle prick injury.” Aku nasihatkan dia sebab aku nampak mata dia sibuk nak jeling aku walhal dia tengah siapkan kelengkapan untuk ambil darah.
            Aku teruskan menuliskan laporan pesakit. Entah apa yang tak kena dengan dia? Aku nak kahwin dengan suami dia ke? Itu ke yang dia risau?
            Selesai tugasan, aku turun ke tempat letak kereta.
            Mana pula kunci kereta ni? Aku membebel sendiri. Mencari kunci kereta di dalam tas tangan.
            “Hani.. Nanti dulu. Betul ke kau nak kahwin?”
            Aku kusutkan tudung. Serabut aku dengan minah ni.
            “Eh kau kenapa psiko aku? Memang betullah. Kenapa? Bakal suami aku ni, suami kau ke? Bukan kan.”
            Dia buat muka meloyakan tekak aku. “Tak lah. Aku nak make sure je.”
            “Apa yang kau nak make sure? Dah for sure. Kad kahwin pun dah edar. Takkan tak sure lagi.”
            Akhirnya kunci aku jumpa. Sekarang ni kereta aku park kat mana?
            “Bye.” Ucapnya dah terus berlalu.
            Heyy gilalah perempuan ni. Apa dia nak? Semata-mata nak tanya aku benda tu? Arghhh.. Sekarang ni kereta aku kat mana?
                                    *****************************************
            Aku campak tas tangan. Telefon bimbit aku capai.
            “Hello Afi.” Aku terus melulu menjawab tanpa melihat nama pemanggil.
            “Bukan Afi. Aku ni, Zahir.”
            “Oo.. Kenapa?” Soalku. Tudung aku tarik. Terasa panas. Kepala terasa berat. Mahu tak berat, terpaksa bekerja double shift.
            “Tak ada apa. Saja je. Sementara Afi belum totally 100% dapat kau, aku kacau kau dulu.” Zahir ketawa.
            Aku turut ketawa. “Afi fly London. Biasalah dia busy.”
            “Akhirnya kan.”
            “What?” Soalku. Ni lagi sorang. Pening kepala aku. Suka bagi ayat tergantung. Persoalan yang aku susah nak faham.
            “Finally you choose him.”
            Aku senyum tawar. Risau juga Zahir berkecil hati.
            Dari kecil kami bertiga berkawan bersama. Turun naik kelas bersama-sama. Makan belajar bermain semua buat bersama. Walaupun aku seorang je perempuan.
            Apa saja benda dibuat bersama. Permainan budak lelaki pun aku turut serta.
            Walaupun kami dari latar belakang keluarga yang berbeza. Sangat berbeza. Tapi tak ada apa yang boleh membezakan persahabatan kami.
            Satu masa, aku terpisah seketika. Berpindah mengikut keluarga. Tetapi di dunia yang berteknologi tinggi ini, kami sentiasa berhubung.
            Berbelas tahun persahabatan itu terjalin. Sampailah satu ketika, mereka berdua berani meluahkan rasa masing-masing.
            Masa tu rasa terbeban di kepalaku. Tak tahu nak buat keputusan. Kedua-duanya baik. Kedua-duanya cukup sempurna di mata aku.
            Mungkinkah mereka beralah kerana fikirkan aku yang masih tidak berteman sedangkan mereka masing-masing sudah mula mencari.
            Perasaan apakah? Kesian pada aku? Mungkinkah.
            Mungkin Zahir sedikit tercabar apabila aku lebih memilih Afi. Tapi dia lebih faham perangai aku.
            “Kau memang mata duitan.” Zahir ketawa. Gurauannya itu sudah lali di telinga ku. Sudah menjadi halwa telinga setiap kali kami bersembang.
            “Mungkin jugaklah aku pilih Afi sebab duit. Entahlah, aku pun tak pasti.” Itu jawapan yang aku beri bila mereka mempersoalkan kenapa.
            Afi lebih senang tersenyum. Dia tak kisah. Asalkan aku terima sudi terima kekurangan dia.
            “Oiii.. Tengah bersembang dengan aku pun kau boleh berangan.” Suara Zahir memekik di hujung talian.
            Aku tersedar yang aku sedang mengelamun. Dahi aku tepuk. Macam mana boleh berangan jauh sangat ni.
            “Afi tu pun kalau berangan, boleh menjunam jatuh kapal terbang tu.” Tambah Zahir lagi.
            “Puakanya mulut kau. Nanti aku nak kahwin dengan siapa?”
            “Aku kan ada. Galang ganti. Hutang-hutang kahwin mak dia je lah yang bayar.” Jawab Zahir.
            Aku ketawa. Sengal. Kalau Afi ada sekali, memang dah bertikam lidah.
            “Eh, ada banyak whatsapp masuk ni. Mesti daripada Afi. Baik baca cepat.” Ujarku bila notification semakin banyak.
            Dan mulalah aplikasi Whatsapp itu berbunyi tanpa henti. Budak berdua ni kalau bersembang tak ingat dunia.
            Aku mencapai tas tangan dan tudung. Baik aku mandi dan tidur. Ada baiknya daripada melayan mereka berdua bersembang benda merepek.
                                    ************************************************
            “Kak, barang hantaran semua mana? Nak bagi kat Kak Aira buat hantaran.” Mak menyelongkar bilikku.
            “Orang dah letak kat depan mak. Kejap lagi Kak Aira datang ambil.” Aku membetulkan semula cadar.
            Mak mengangguk. “Tan Sri dengan Puan Sri macam mana? Tidur sini ke?” Soal mak.
            Aku gelak. “Tak lah mak. Afi kata dia tak nak susahkan kita. Mak bapak dia tidur hotel.”
            “Eleh, orang kaya mana nak tidur rumah kita. Nak masuk toilet pun geli.” Sampuk adik perempuanku.
            Aku tampar juga budak ni. “We will see. Dia geli nak masuk toilet sini or kau yang ketawa guling-guling tidur dalam toilet rumah dia.” Aku perli Hana.
            Mak sengih. “Dah lah. Mak tak payah fikir dia. Mak fikir sedara mak yang lagi sekapal nak datang tu. Kita sediakan 3 buah homestay je. Yang lebih tanggung sendiri.”
            Mak angguk. “Betul tu. Berkoyan sedara bapak kau.” Kuat suara mak, sengaja bagi abah dengar.
            “Eh, sedara kita pula. Sedara sama-sama lah.” Jawab abah yang tengah sibuk bagi makan itik.
            Memandangkan sekarang tengah musim FIFA World Cup, makanya Afi dan Zahir tu seharusnya bertengkar pasal pasukan masing-masing.
            Dah sarat notifikasi whatsapp dengan perbualan mereka. Naik rimas aku.
            Hani Nadia : Excuse me. Nak tanya something boleh?
          Hairul Hafifi : What? Sibuklah, orang tgh gaduh ni.
          Zahir Zamri : Apa kejadahnya?
          Hani Nadia : JDT masuk FIFA World Cup tak? Hahahahahaha..
          Zahir Zamri : Ada juga makan kaki budak ni.
          Hairul Hafifi : Dah sayang.. Pergi main jauh2, ada yg kena tendangan penalty ni kang.
          Hani Nadia : Hahaha.. Mangkuk. Sembang dua orang tak ingat dunia.
          Zahir Zamri : Dunia la ni. World Cup.
          Hani Nadia : Phuiii.. Boleh jalan daaa
..
“Aii kak, bukan main meleret senyum. Macam nak koyak mulut.” Tegur Adib, adik lelakiku.
Aku ketawa. “Kau punya hiperbola, teruk sangat tu. Nak bagi punchline pun tak agak-agak.”
“Kak.. Nanti dah kahwin kau duduk sana ke?” Soal Adib.
            Aku angguk. “Kenalah ikut suami.”
            “Kitaorang?” Soal Adib.
            Aku ketawa. “Takkan aku nak angkut korang duduk sekali dengan aku.” Adib garu kepala.
            “A’ah kan. Jangan lupa balik sini tau kak.”
            “Isyh, takkanlah aku lupa. Gila ke.”
            “Mana tahu kau dah gila terjun dalam lombong duit, tak nak baliklah jawabnya.” Aku sengih. Pandai adik aku menjawab.
                                    ************************************************
            “Tahniah bro, finally kau dapat dia. Aku kalah. Angkat bendera putih.” Zahir salam dan berpelukan dengan Afi.
            “Well, jodoh kan. Ramai mana pun perempuan keliling aku tetap tak ada yang dapat faham aku.”
            Zahir angguk. Sememangnya Afi sangat teliti dan kemas orangnya. Teliti dalam semua perkara.
            “Dulu aku ingatkan nama Hani Nadia + Muhammad Zahir, tapi sedih je pula aku tengok banner tu terpampang nama Hairul Hafifi + Hani Nadia.” Ujar Zahir.
            “Tak payah nak sedih sangatlah. The best man win.” Afi ketawa. Zahir tumbuk bahu Afi.
            “Bro, kau jaga kawan baik aku elok-elok. Sikit dia menangis pun, lebam biji mata kau.”
            Afi dan Zahir ketawa. “Tu aku tahu. Risiko yang memang tinggi. Kalau dia gaduh dengan aku mesti dia mengadu dengan kau. As usual bro.”
            “Memang aku macam microphone dengar korang berbual kat sini.” Aku tarik lengan Afi.
            “Ye lah, aku nak baliklah ni. Lepas ni janji carikan untuk aku someone. Eh, tapi adik kau macam comel je.”
            Aku berpaling memandang ke arah Hana. “Adik aku? Comel?”
            “Ye lah. Comellah daripada kau.” Ketawa Afi dan Zahir bergabung. Amboi, bukan main ketawakan aku.
            Hana memandang ke arah kami apabila terdengar suara Afi dan Zahir yang menggilai ketawa.
            “Hana…” Aku menggamit Hana.
            Hana menghampiriku. “Ini Abang Zahir.”
            Hana buat muka pelik. “Kenal dah. Kenapa?”
            “Dia nak kenal lagi.” Ujar Afi. Muka Hana memerah dan terus berlalu.
            Afi dan Zahir ketawa lagi. Aku geleng kepala. Diaorang ni kalau nak dipukul dah besar panjang.
                                    **********************************************
            Aku berpusing, menghempas badan. Memang gaya aku tidur. Tiap kali berpusing memang aku menghempas badan.
            “Hani.. Cuba tidur macam perempuan sikit.” Perlahan suara Afi. Antara dengar dan tidak. Suara mamai. Aku senyum.
            Aku sengaja pusing lagi sekali. Afi garu kepala. “Kau pusing lagi sekali gaya macam orang nak wrestling, aku gigit kau sampai lumat.”
            Aku ketawa. “Tidur.. Tidur.. Tak selesa eh?” Aku tepuk bahunya.
            “Rumah okey, katil okey, semua okey. Kau je masalahnya sekarang ni. Sakit badan aku, Hani.” Gumamnya.
            Letih sangatlah tu. Dalam letih pun nak bertekak dengan aku. Tidurlah wahai lelaki yang baru bergelar suami.
            Sekali lagi aku berpusing. Kali ni memang spontan.
            “Haannnii..”
            Berdekah-dekah aku ketawa dalam selimut.
            Esok paginya, Afi meminta ubat tahan sakit. Aku ketawa.
            “Kenapa?”
            “Sakit badanlah. Kau punya pasal.” Berkerut dahinya.
            “Aii.. Pengantin baru biasalah sakit badan.” Ujar Mak Ngah yang terdengar perbualan kami.
            Sengihan Mak Ngah buatkan ketawaku mati di situ. Afi pandang aku dengan pandangan mengusik.
            Aku terus menuju ke dapur. Mengambil ubat tahan sakit di dapur.
            “Afi selesa ke duduk sini? Rumah ni tak ada lah tilam empuk, mandi pun air sejuk semuanya.” Aku toleh melihat Afi yang mengekoriku sejak tadi ditegur oleh mak.
            “Okey je mak. Tak kisahlah, janji dapat mandi dapat tidur. Cukuplah tu.” Jawabnya.
            “Kak.. Kawan kau datang.”
            “Siapa?” Soalku.
            “Entah. Pergilah tengok sendiri.” Jawab Adib.
            “Eh, kau ada kawan lain ke selain daripada aku dengan Zahir?” Usik Afi. Aku menyiku perut Afi. Kurang ajar punya ayat. Macam aku ni beruk dalam hutan pula.
            Afi ketawa bila aku tarik muka masam. “Dah, pergi tolong bapak aku.”
            Afi hulurkan kembali gelas selepas menelan sebiji ubat tahan sakit. “Abah kita.” Dicuit hujung hidungku.
            Aku  terus meluru keluar. Kawan-kawan sekerjaku yang tak dapat hadir semalam. Jadi mereka sekadar menjenguk hari ini.
            “Oo, itu ke suami kau?” Soal Sulyza.
            Aku mengganguk. Lebih banyak berbual dengan staff yang lain. “Handsome. Kaya pula tu.” Tambah Sulyza.
            Berkerut dahi aku. “Mana kau tahu dia kaya?”
            “Ala, semua orang tahu. Semua staff bercerita. Kau tu kan mata duitan.” Jawabnya terang-terangan.     
            “Whatever. Tak kisah apa orang nak kata. Yang penting aku sayang dia, dia pun sayang aku.” Jawab aku.
            “Betullah kan..” Sulyza hendak menyambung ayatnya namun pantas dipotong Atiqah.
            “Sudahlah Sulyza.. Jangan nak kondem orang. Suami kau penoreh getah je tapi kaya duit kepok-kepok juga. Suami dia duduk kerja dalam air cond, suami kau kerja dalam panas. Tu je beza.”
            Sulyza menjeling. “Eleh, okeylah tu daripada jadi andartu.”
            Aku tarik Sulyza dan Atiqah. “Sudah.. Ada yang kena lempang di hari perkahwinanku ni kang. Dah, jom makan.”
                                    ***********************************************
            Aku memandang Afi yang sedang bersiap untuk memulakan tugas. Jam menunjukkan ke angka 4.00 pagi.
            Dia harus melapor diri beberapa jam lebih awal. Aku menggosok mata untuk yang ke berapa ribu kali.
            “Pergilah tidur.” Afi mendekati aku.
            “Jomlah tidur.” Ujarku. Wangian yang dipakainya menusuk, memenuhu seluruh ruang bilik.
            Afi ketawa. “Kalau aku tidur, memang alamatnya kena buang kerja.”
            Aku mainkan tali lehernya. Sengaja menguji.
            “Jangan buat pasal, Hani.” Afi bangun dari katil. Mengambil stoking dan mula menyarungkan ke kaki.
            “Nak anak?” Soal Afi.
            Aku buat muka pelik. “Kau?”
            “Aku tanya kau.” Jawab Afi. “Anak kucing?”
            “Anak kucing nak buat apa. At least bila ada anak, boleh teman kau bila aku tak kerja.” Jawabnya lembut.
            “Tak nak lah. Aku sorang je kena jaga. Kena pergi check up sorang-sorang, pergi beli baby stuff sorang-sorang. Semua buat sorang. Alone.”
            Afi tarik beg rodanya keluar dari bilik. Aku ikut.
            “Dah tu, aku nak ambil maid kau yang tak nak.” Afi berhenti di tangga apabila aku masih lagi membebel.
            Aku teruskan membebel. Di pintu rumah. Afi berpusing memandang aku. Dipegang kedua-dua pipiku.
            “Enough sayang.. Enough. Okey, kita bela anak rambut anak tekak je. Full stop.” Dahiku dikucup.
            Air mataku mengalir laju. Tiba-tiba aku emosi pagi-pagi buta ni.
            “Kenapa? Janganlah macam ni. Kau buat aku susah hati nak pergi kerja. Aku tak marah pun.”
            Aku menggeleng. “Pergilah.” Aku salam dan kucup tangannya. Semoga ada yang mengerti.
                                    **************************************
            “Dah nak dekat setahun kan kau kahwin? Tak ada ‘isi’ lagi ke?” Aku tersentap. Boleh pula waktu menyerahkan laporan pesakit dia bertanya hal peribadi aku.
            “Eh, nanti cerita. Cepat-cepat.” Vasantha mematikan hasrat Sulyza untuk bertanya lagi. Semua orang di situ perasan air muka aku yang berubah.
            “Oh aku lupa, kau nak remove sebelah ovary kan? Time kita study dulu kan. That’s why lah susah. Hati-hati tau, lelaki ni banyak duit, senang je cari lain.”
            Aku mengeluh perlahan. Atiqah yang sedang menyemak IO Chart memandang aku. Memberi isyarat supaya aku pulang segera.
            Di dalam kereta aku menangis semahunya. Lepaskan apa yang ada. Hatiku begitu tersentap tatkala ramai yang mempersoalkan zuriat.
            “Afi..”
            “Ye sayang.” Afi leka dengan permainan di telefon pintarnya.
            “Ada benda aku nak cakap.” Hujung baju aku pintal-pintal.
            Afi pandang perbuatanku yang seakan resah. Telefon bimbitnya di letak di sisi. Dia mendekatkan diri sedikit.
            Aku tunjukkan laporan kesihatan suatu ketika dahulu.
            Berkerut dahi Afi.
            “Aku tak faham bahasa medikal kau. Cuba explain, sayang.”
            “Kau mesti nak anak sangat kan. Tapi pada aku, cuma tinggal satu ovary yang boleh berfungsi.”
            Afi ambil kembali kertas laporan itu. Baru dia faham.
            “I’m sorry, Afi. Aku tak boleh jamin 100% boleh bagi kau anak.” Tangisanku semakin kuat.
            “Aku stress bila orang asyik tanya. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak nak sembunyikan daripada kau lagi.”
            Aku menangis. Lama. Afi pun diam kaku. Bertambah sebak di dada.
            “Dah puas menangis? Salah kau ke benda jadi? Kau nak ke benda jadi?” Tangisanku teresak-esak bila disoal begitu.
            “Berdosa ke aku tak bagitahu kau dari awal tentang ni.”
            “Hani.. Aku tak lah romantik macam suami orang lain. Tapi biarlah kau tahu, aku ampunkan apa saja dosa kau dari mula kita kahwin dan untuk yang lepas-lepas ni.”
            Afi peluk aku. Erat.
            “Kau takkan tinggalkan aku?”
            “Itu bukan janji aku. Itu takdir Allah. Tapi aku janji, selagi aku bernyawa, aku akan cuba pertahankan rumahtangga kita sampai bila-bila.”
            Kereta belakang mula membunyikan hon. Sekaligus mematikan lamunan.
            “Afi.. Aku rindu kau.”
******************************************
            “Zahir.. Mana Afi?”
            Zahir mendekati aku. “Hani.. Kau penat sangat ni. Kau pengsan masa drive tadi.”
            “Afi pergi ambil mak kau.” Ujar Zahir. Aku angguk. Baru aku sedar, di hospital rupanya aku terbaring.
            “Afi..”
            “Ye sayang. Why? Kenapa boleh jadi macam ni? Tak bagus tau untuk baby kita.” Afi duduk di tepi katil.
            Aku pandang Afi pelik. Apa yang dia ni merepek.
            “Doktor tanya bila last mensus?”
            Aku berfikir. Aku jarang sangat ambil kira kitaran haid. Sebab memang kitaran tak teratur.
            “That’s why tak tahu you are pregnant. Walaupun irregular mensus, tetap kena tahu sayang.”
            Mak peluk aku. Kuat. Terasa menitik air mata mak di tanganku. “Mak, kenapa?” Soalku.
            “Kak, kau mengandung. Dah tak faham omputeh ke? Mak lagi faham Afi cakap tadi.” Jawab mak.
            Aku pandang Afi sekali lagi. “Ye sayang. You’re pregnant. Rezeki Allah.” Afi peluk aku dari belakang.     
            “Huh?” Aku pandang Zahir, meminta kepastian.
            “Hey, aku bapaknya. Bukan dia.” Afi pusingkan muka aku memandangnya.
            Meledak ketawa seluruh bilik rawatan itu.
            “Hey, ini hospital. Bukan rumah persinggahan.”
            “Alamak, kan misi dah marah.” Zahir dan Afi sambung ketawa. Kau ingat dia hairan bila aku marah? Lagi dia ketawa.
            Sesungguhnya rezeki Allah datang tanpa kita duga. Semestinya setiap masa kita perlu berjaga-jaga.
            Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk, jadi hargailah setiap peluang yang ada.

Saturday 14 June 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan..

..Assalamualaikum..
..For the first saya nak jemput ke majlis perkahwinan saya dengan hero cerita ni..
..Phuiii.. Hahaha.. Tolonglah humban handphone or laptop ke dalam tong sampah sekarang...
..Omaaaiii.. I'm falling in love with this lovely guy Amar Baharin pulok..

 ..Haa kau.. Tak ke cair mencapai takat lebur ni hah..
..Sampai banyak kali typo ni.. Nasib baik boleh tgk balik and padam..
..Fuhh.. Senyuman dia macam Izzue Islam..
..Manis.. Macam coklat melimpah di ladang gandum..
..Fuhh.. Sudah Amar.. Sudah.. Cakap je bila nak masuk meminang..?? Iolls setuju.. Haha..
..Silalah lempang diri sendiri..

 ..Actually untuk adaptasi ni..
..Mulanya aku rasa macam tak berapa best..
..Sebab pelakon perempuan dia macam over tau..
..Over gedik.. Pelakon lelaki too cool sangat..
..Tapi okeylah, nak buat macam mana.. 
..Pengarah suruh buat macam tu kot..
..Boleh jadi macam gila-gila.. Tapi bukan gedik hokey..
..Sweet gila lah Amar dalam cerita ni kan..
..Membuatkan aku nak duduk depan lappy tiap-tiap malam..
..Sebab iolls kerja tak tentu masa uolls.. Haruslah ada Tonton...
 ..Terima kasih tonton.my..
 
..Erm.. Good job Umie Nadzimah..
..Jalan cerita menarik..
..Kejap lagi saya jalan-jalan saya nak cari novel ni lah..
..Hehe.. Macam best je, macam syiok je..

XOXO_CTZ