Friday 26 June 2015

PREMIUM BEAUTIFUL MAKE MY DAY

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah 10 Ramadhan.. And proud to say yang berat dah turun 2 kg.. Lega sangat-sangat.. Tak pernah terfikir sehebat ini Premium Beautiful  'peluk' kita.. Tak payah jogging sekeliling kampung, tak payah diet ekstrem, tak payah ke gim sadokan diri.. Cukup dengan Premium Beautiful 8 jam daily.. But sometimes I cheated jugak, kadang-kadang lima jam.. Tu sebaba nafsu makan lah tu.. Tak boleh dibendung lagi..

Bagi yang pernah pakai korset.. Yes, korang akan ras kelainan yang amat bila pakai Premium Beautiful ni.. Ikhlas saya cakap, masa mula-mula saya sarung Premium Beautiful with my consultant Kak Dyna Salleh, rasa nak muntah, mual loya.. Angin satu badan..!! Teruk kan..?? Thats mean badan kita tengah adapt ngan atu benda baru yang tengah kemaskan lemak-lemak tu semua.. Biarkan lah seminggu dua Premium Beautiful keluarkan toksin-toksin dalam badan.. I memang rasa semua kesan tindak balas Premium Beatiful.. Antaranya adalah :-


  • Rashes satu badan
  • Pening loya dua tiga hari
Tu je lah effect.. Yang bagusnya yang banyak. Antara feedback yang membuat saya lompat bintang tiap-tiap hari adalah..
  • Kulit lebih moist dan licin
  • Badan dah ada shape
  • Lawas buang air
  • Premium Beautiful odourless (tak cuci dua tiga hari pon tak berbau, even area Miss V)
  • And I lose my weight
Ya Allah, rasa bersalah tau kalau tak share dengan uolls pasal ni.. Rasa berdosa.. Ye lah, perempuan kat Malaysia ramai sangat yang overweight.. I ni bukan over weight lagi tapi dah OBESE..!! Okey now misi kurus dengan Premium Beautiful dilancarkan.. Selamat mencuba..

XOXO_CTZ

Thursday 18 June 2015

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu lagi ramadhan kali ini.. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..

Semalam, orang lain dah hari kedua tarawih, tapi me baru hari pertama.. Sebab semalamnya tu busy kerja.. Sedih, busy kerja tapi tak teringin kejar akhirat..

Bila tengok surau kat kampung penuh, terus ajak mak pergi surau kat kampung abah.. Nak terawih dengan nenek dan sepupu lain.. (Sebenarnya ada alasan lain lagi)

Alhamdulillah, dapat pimpin nenek ke surau, solat terawih sebelah dia.. Malam ni dia ajak lagi.

Tetiba teringat Diari Ramdhan Rafique.. Sampai sekarang lagu teman drama tu jadi ringtone bangun sahur.. Rindu zaman kecik, tapi tetap kena teruskan zaman akan datang..

Ya Allah berikanlah aku hidayah dan petunjuk-Mu
Semoga aku ini terus istiqamah


XOXO_CTZ

Friday 12 June 2015

SATU HARI NANTI

Assalamualaikum..


Aku inginkan hidup senang..
Aku inginkan hati tenang..

Setiap doaku untukmu..
Setiap doaku untukmu..
Ku bawa, ku bawa, semua ku sayang ku bawa..
Ku bawa, ku bawa semua ku sayang ku bawa..

Aisehh.. Menyanyilah pula kan.. Tahu, korang buat blogwalking.. Sampai sini, menyanyi-nyanyilah dengar lagu kan..

Suka lagu ni, inspired me.. 

Senyumlah sayang.. Bangkit dan teruskan perjuangan..


Tadi pagiku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

XOXO_CTZ


ANOTHER ADDICTED - WANNS AHMAD

Assalamualaikum..

Adik I dah mual muntah loya muntah hijau (mak kau hijau, bapak kau hijau, adik kau hijau).. Haha.. Yang dalam kurungan tu tetipu tersampuk toyol..

Adik I menyampah sebenarnya, akak dia ni tak sudah dengan lagu ni.. Opismate pun dah nak muntah darah dengar.. Tapi I still continuing playing this song.. Best sangat tau.. Addicted dengan Wanns Ahmad.. Handsome pula tu.. Anyonyonyo..


Handsome kan..?? Haaa.. Kan dah cakap, tak percaya.. Sila meleleh air liur tengok dia hokeyh..

Kbai..

XOXO_CTZ


FIND ME AT IG @premiumbeautifulmelaka @ctzulaikhajasmi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas berdiri tegak di bumi Allah.. Semalam conversation with somebody..

Me : Line semua tak elok, tak ada line.

H : Alamak..

Me : What..??

H : Nak kiamat kan, semua benda tak dapat signal..

Apa pasal paranoid sangat..?? Ayoyo.. Tapi betullah tu.. Intonasi je salah..

Okey, straight to the point.. Just nak share dengan uolls.. Sebab since ramai yang cari me on Instagram.. I bagilah my IG.. Anytime.. Tahu sangat yang nak kurus nak gebu nak raya ni.. Faham.. Sangat sangat faham..

@premiumbeautifulmelaka
@ctzulaikhajasmi

Just search and you will see me.. Thanks in advance uolls..


Okey, Cik Misi yang comel lagi jendul nak sambung kerja.. tata..


XOXO_CTZ

Friday 5 June 2015

Sweet 70th Atok..!!

Assalamualaikum..

Sweet 70th Atok.. Sweet nau nau.. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik.. Insya-Allah doakanlah cucu sulung atok ni dapat bagi atok cicit lepas ni..

And a week before, while semua orang ada kat dapur meneruskan rutian hujung minggu, menghabiskan masa di rumah atok nenek.. Me duduk dengan atok.. And having some conversation something like this..

Atok : Bila nak kawen, ka (ikha)?
Me : Entahlah tok, jodoh tak sampai..
Atok : Carilah.. Nak cari pun carilah yang beriman, sembanyang tak tinggal, tak main judi..
Me : Huaaa.. Takkan orang nak pergi cari, nanti macam perigi cari timba..
Atok : Betol jugak.. Bagilah orang ngorat jangan sombong..
Me : Tak sombong, orang gemokkk.. Lelaki tak suka..!!
Atok : Kuruslah..
Me : Glup.. Glup..

Atok rasa kurus as easy as ABC kot.. Nak buat ABC pon susah.. Tak pe lah, sure nanti jodoh ada, cuma tak tahu dia kat mana sekarang.. Permintaan Atok nak cicit 30 orang, silalah adik2 sepupu tunaikan.. Hakak tak mampu..



Simple and sweet celebration.. InsyaAllah semoga bertambah ahli keluarga Haji Sahat dan Hajah Asmah.. Amin..