Muslimah itu..
Terkadang gelak kuat tak henti-henti..
Terkadang juga minum berdiri..
Terkadang berinternet ke subuh hari..
Terkadang sebelum tidur terlupa doa dan Kursi..
Terkadang menyarung stoking bermula kaki kiri..
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain walau disedari..
Muslimah itu..
Terkadang gembira sampai melompat terkinja sambil tayang gigi..
Terkadang sedih air matanya menitis laju tak terperi..
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi..
Terkadang rasa marah menguasai diri..
Sampai rasa nak lempang laju-laju tanpa simpati..
Muslimah itu..
Adalah manusia biasa..
Yang tak dapat lari dari segala perasaan sebagai manusia..
Yang tak dapat lari dari segala bagai ujian dan pancaroba..
Yang tak dapat lari dari perasaan lemah dan berputus asa..
Yang tak dapat lari dari membuat khilaf dan dosa..
Kerana apa..??
KERANA DIA JUGA MANUSIA BIASA..
Assalam
XOXO_CTZ
No comments:
Post a Comment