..Assalamualaikum..
..Malam ni saya malas nak sambung manuskrip..
..Jadi saya tuliskan cerpen untuk kamu-kamu-kamu dan kamu..
..Especially Adib, Nazirah & Adibah yang rajin baca cerita yang orang baru nak belajar bertatih ni.. Hehe..
..So.. Enjoy your reading.. Kalau rasa nak drop komen yang boleh saya perbaiki..
..Boleh dropkan komen ye.. Tenkiu.. Assalam..
Tas tangan dicampak jauh.
Tidak peduli lagi apa sahaja barang yang ada di dalamnya. “Kau kenapa Wawa?”
Meen mencari bunyi kuat yang menganggu konsentrasinya menonton televisyen.
“Nothing.” Jawab Wawa selamba. Peti sejuk dibuka dan… Air
sejuk terus dituang ke muka. Meen terkejut. Rasa nak ketawa pun ada. “Hey.. Kau
dah gila ke?”
“Better kau ambil wuduk sekarang.”Arah Meen. Selamba Wawa
berjalan menuju ke biliknya. Meen mencapai telefon bimbit.
“Assalamualaikum.. Hello Aidil. Apa hal lagi ni?” Soal
Meen meluru.
“Kenapa? Dia buat apa kali ni?”
“Dia jirus muka dia dengan air sejuk dalam peti sejuk
tu.” Meletus ketawa Aidil. Panas hati betul gayanya.
“Sekarang dia kat mana? Tak pick-up phone pun.” Soal
Aidil setelah ketawanya reda.
“Dia ada dalam bilik. Aku suruh dia pergi ambil wuduk.
Dia dah lempar beg dia ke dinding tadi. Entah-entah hancur phone dia.”
“Pass phone tu kat dia. Aku nak cakap.”
Meen menuju ke bilik Wawa. Pintu bilik diketuk. “Wa..
Aidil on the phone.” Pintu bilik dibuka kasar. Telefon bimbit Meen dirampas.
Meen geleng kepala. “Apa masalah lagi? Pergilah kerja.” Talian dimatikan.
“Dah.” Wawa menghulurkan kembali telefon bimbit Meen. “Kenapa
ni, Wa?” Meen melabuhkan punggung di sisi Wawa yang sedang meniarap. Menekup
muka dengan bantal.
“Korang ni memang lah. Dua minggu lagi nak nikah
tahu.Bukannya dua tahun.” Wawa berpusing. Membetulkan posisi badan. Lemas bila
meniarap.
“Kau rasa betul tak pilihan aku nak kahwin dengan dia?”
Soal Wawa lurus. Apa yang bermain di fikirannya terus dilontarkan. Meen menepuk
dahi Wawa. “Hey gila. Sekarang baru kau nak fikir? Masa kau terima pinangan dia
dulu, kau tak fikir pula?”
Wawa mengaduh sakit. Tangan mengosok dahi yang ditepuk
Meen. “Dulu tu.. Parents aku yang terima. Katanya dah kenal lama. Aku ikut je,
tak nak jadi anak derhaka.”
“Then. Kalau sekarang kau buat kerja gila lagi derhaka.”
Wawa mengusutkan rambutnya. Serabut betul fikiran memikirkan masalah dan masa
depannya.
************************************************
“Wawa.. Aidil datang tu.
Hantar baju nikah.” Panggil Mak. “Mak je lah yang ambil. Meluat pula nak tengok
muka dia time ni.” Wawa meneruskan menghadap komputer ribanya. Sibuk dengan
pelan kerjanya.
Mak geleng kepala. Bergaduh lagi lah tu. “Dia ada kat
dalam Aidil. Kamu berdua gaduh lagi ke?” Soal Mak. Faham dengan perangai anak
bongsunya itu.
Sepasang kurung moden berwarna torqouise lembut itu
dihulurkan kepada bakal ibu mertuanya itu. Aidil garu kepala. “Merajuk lah tu,
mak.” Jawab Aidil. “Asyik merajuk je kerja budak ni.” Mak mengomel perlahan.
“Salah saya juga, mak. Dulu masa fitting baju pun tak
jadi. Dia pergi sendiri, saya pergi sendiri. Hari tu masa nak ambil baju, saya
ada kerja pula. Terpaksa batalkan. Rasanya lepas bertunang, tak pernah jumpa
lagi. Memang patut dia merajuk.”
“Tak apa lah, Aidil. Kamu bekerja. Bukannya keluar dengan
perempuan lain. Dah nak jadi isteri patutnya dia dah boleh faham kerja kamu.
Sebab tu dari dulu dia menyampah kalau mak kata nak jodohkan kamu dengan dia.
Katanya nanti jadi macam mak, duduk je kat rumah. Abah keluar masuk rumah macam
hotel.”
Aidil senyum. Ada juga Wawa membebel padanya pasal hal
itu. Itupun masa mula-mula bertunang dulu. Itu sebab seminggu selepas
bertunang, Aidil dihantar berkursus selama enam bulan. Jarang berkomunikasi
membuatkan mereka membuat hal masing-masing.
Segala persiapan perkahwinan dibuat dengan hanya
berbincang di dalam telefon. Dan selebihnya diuruskan oleh pihak keluarga.
Mungkin itu lebih membuatkan Wawa panas hati setiap kali isu perkahwinan dibincangkan.
Eydiel
: Assalam sayang.. Marah lagi ke?
Wawa_Adwa : W’slm. Banyak kerja lain lagi
selain nak marah2.
Eydiel
: Janganlah marah2. Esok kita dah nak nikah. Tak syok lah macam ni.
Wawa_Adwa
: Eh.. Kita nikah ke? Ingat nikah sorang-sorang.
Eydiel
: Wawa.. Janganlah macam ni.
Wawa_Adwa
: Jangan esok masa nak nikah pun kena pergi kerja.
Eydiel
: Takkan lah sampai macam tu sekali.
Wawa_Adwa
: Mana nak tahu. Kerja orang tu mana kita boleh duga.
Setelah puas berdebat dan bertikam lidah, Aidil menutup
perbualan di WeChat. Lantas Aidil mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dimohon
kepada Allah agar segala urusannya dipermudahkan dan Wawa sudi menjadi
isterinya dengan hati yang ikhlas.
*****************************************************
“Merajuk lagi ke, Wa? Senyum plastik
gila masa ambil gambar tadi.” Aidil memulakan bicara apabila Wawa yang mulut
becok sudah diam seribu bahasa sejak dua minggu yang lepas.
“Senyum plastik ke, senyum tupperware ke. Sama je.” Jawab
Wawa. Skrin Ipad 2 di sentuh berkali-kali. Aidil senyum. Kaki menapak mendekati
Wawa.
“Kau ni.. Aku dah jadi suami kau tau.”
“So? Kau nak aku buat apa?”
“Buatlah apa yang patut. Apa yang biasa seorang isteri
buat.” Aidil menyakat. Membuntang mata Wawa. Mukanya mula merona kemerahan
menahan malu.
“Bang Aidil.. Ada kawan abang datang ni.” Panggil Suryna.
Wawa tarik nafas lega. “Tak apa. Kejap lagi kita sambung ye sayang.” Aidil
menarik rambut Wawa dan keluar.
Pantas bantal dicapai dan dibaling ke arah Aidil. Dengan
ketawa Aidil menyambut balingan bantal itu.
“Arrgghh.. Kenapa kau yang jadi suami aku?” Gumam Wawa perlahan. Kepala
dihantuk perlahan ke meja solek.
***************************************************
“Kenapa kau kahwin dengan
aku?”’
“Kenapa kau sudi terima aku?”
Soal Aidil kembali. Pandangan tajam Wawa lemparkan. Aku tanya dia, dia tanya
aku balik.
“Kau tak rasa ke yang kita ni
tak sesuai. Mungkin sesuai berkawan tetapi susah bila berkahwin.” Jawab Wawa
jujur. Selama mereka ditunangkan, tidak pernah sekalipun mereka berbicara dari
hati ke hati. Masing-masing sibuk dengan kerja.
“Tapi semua tak mustahil. Dan
sekarang kita dah kahwin pun. Aku tahu kau terpaksa terima semua ni. Tapi mana
tahu, one day everything will be change.”
“Sorry lah Aidil. Aku tak ada
niat pun nak buat kau terasa. Tapi kau jauh sangat-sangat dari apa yang aku
impikan.”
Berkerut dahi Aidil
mendengar. “Apa yang kau impikan?” Soal Aidil. Mendapatkan kepastian. “Ye lah.
Aku impikan seorang suami yang sentiasa di sisi aku. Caring, loving, romantik.
Tapi kau..”
Meledak ketawa Aidil.
Sehingga pasangan yang berdekatan dengan mereka memandang dengan muka pelik
tahap cipan. Yang si cipan ni pun satu, gelakkan aku pun agak-agak la.
“Okey. If I always be with
you, alamatnya lepas tu aku kena buang kerja. Pasal caring loving and so on tu,
insya-Allah boleh. Come on lah sayang, takkan lah aku nak duduk depan mata kau
24 hours 7 days.”
“Itu lah kau ni. Memang tak
romantic langsung. Entah macam mana aku boleh terkahwin dengan kau agaknya.”
Wawa melemparkan pandangan ke tasik.
“Takdir, sayang. Takdir
membawa kita ke sini.” Jawab Aidil. Dengan selamba tuala aku diambil dan
dikesat peluhnya. Lalu dibaling kembali kepadaku.
Wawa buat muka. Mengejek apa
yang Aidil katakan. “Kau ejek aku? Aku rogol kau kat sini, baru kau kenal erti
penyesalan.”
“Berani kau? Kat khayalak
ramai ni?”
“Peduli la. Aku cakaplah bini
aku ni kuat melawan sebab tu aku rogol je kat sini.” Jawab Aidil.
Dan lagi sekali pasangan di
sebelah pandang bila terdengar perkataan ‘rogol’. Spontan Wawa sepak kaki
Aidil.
“Kak.. Saya suami dia dan
saya polis, kak. Akak jangan risau. Saya masih waras. Tiada pengaruh dadah.”
Aidil bersuara kepada pasangan yang asyik pandang kami.
Wawa terus tarik tangan Aidil
menuju kereta. Dan jawapannya adalah terus memandu pulang ke rumah daripada
bergaduh di situ.
*******************************************************
“Wawa..”
“Erm..”
“Aku kerja tau malam ni.
Duduk rumah elok-elok. Kunci pintu semua.”
“Ye. Nanti semua aku kunci.
Termasuk pintu rumah kucing tu. Takut sangat.”
“Gila tak takut. Bini aku
cantik. Nanti tak pasal-pasal ada orang datang jual karpet la, apa la.”
Jawabnya sambil memasang satu persatu segala butang tok nenek pakaian
seragamnya itu.
“Kepala otak kau. Mana ada
orang jual karpet malam-malam buta.”Aidil ketawa perlahan Geli hati mendengar
jawapan Wawa.
“Aidil.. Sampai bila kau nak
kerja macam ni?” Wawa duduk menghadap Aidil yang sedang leka.
Tangan Aidil berhenti
bergerak. Pandangannya dialihkan kepada Wawa. “Sampai aku pencen.” Jawab Aidil.
Mata Wawa mencerlung memandang Aidil. “Sabarlah sayang.
Waktu macam ni memang kau rasa bosan. Nanti aku bagi kau anak ramai. Tak bosan
dah.” Aidil pegang muka Wawa.
Laju tangan Wawa mencubit perut Aidil. “Pandai je
kau. Kau senang hati pergi kerja. Aku
yang susah hati jaga anak ramai.” Jawab Wawa.
Aidil ketawa. “Sabar ye. Aku tengah minta tukar lah.”
“Minta tukar?”
“Ye.. Minta tukar ke bahagian lain. Tak nak dah bahagian
jenayah ni. Kesian bini aku asyik kena tinggal.” Aidil cium pipi Wawa.
Wawa senyum. “Okey. Amin.. Mudah-mudahan dapat tukar
cepat.”
“Itu la. Dapat tukar SB lagi bahagia. Tak nak dah jadi
OCS ni.”
Wawa buat muka blurr. “Apa tu?”
“Kau ni, nama je bapak kau polis. Tapi semua tak ambil
tahu. SB tu Special Branch. Tak payah cerita lah. Nanti lagi kau tak faham.”
Jawab Aidil.
“Kedekut.”
“Mana ada.”
“Kau memang kedekut pun. Sejak zaman sekolah lagi.” Jawab
Wawa. Aidil sengih. Tangan Wawa ditarik. “Jom.”
“Pergi mana?” Wawa buat muka pelik. “Aku nak buktikan
yang aku tak kedekut.” Jawab Aidil. Dan sepatas kilat lima jari Wawa melekat ke
peha Aidil.
Ambil kau. Menggatal bukan main lagi. Eh, tapi bukan aku
isteri dia ke? Alahai, susahnya kalau lupa diri ni.
************************************************************
“Kau okey ke?” Soal Aidil. Bukan main risau lagi bila
dapat panggilan dari Meen yang mengatakan Wawa pengsan di tempat kerja.
“Okey.” Jawab Wawa lemah. Jururawat yang sedang memeriksa
tekanan darah memadang dengan pandangan pelik.
Wawa lagi pelik. Mungkin sebab Aidil datang dengan
uniform polisnya itu membuatkan orang pelik.
Apa dia ingat aku ada masalah ke? Tolong sikit.
Meen masuk dengan sengihan melebar di bibir. “Guess
what?” Meen senyum lagi. Wawa tak dapat nak fikir.
“Kau pregnant. Tahniah.” Meen peluk Wawa. Aidil tersenyum
lega. “Ehem.. Sudahlah.. Bagilah aku peluk pula.” Aidil berdehem.
Ternyata inilah berita yang amat menggembirakan Wawa.
Bayi yang akan menemaninya di kala suami keluar berbakti kepada negara.
“Suami Puan tak datang ke?” Soal jururawat yang baru
selesai menjalankan tugasnya.
Senyuman Wawa mati. Jururawat ni sememangnya mencari
masalah. Agaknya dia pelik sebab Wawa ber-aku-kau dengan Aidil. Jadi, dia sama
sekali tidak mengandaikan itu suami Wawa.
“Saya suami dia.” Aidil memeluk pinggang Wawa dan spontan
itu jururawat itu senyum. Termalu sendiri.
Meen meminta diri dan keluar bersama jururawat yang
termalu sendiri tadi. Aidil pandang Wawa.
“Thanks Sayang for giving me this happiness.”
“Thanks to you too and gratefully to Allah.” Wawa
membalas pelukan Aidil.
Siapa kata tak suka tidak boleh bercinta? Siapa kata
jodoh keluarag yang kita tak suka tak membahagiakan. Berikanlah sedikit masa.
Sesungguhnya, semua itu datang dari Allah. Jika begitu
kehendak-Nya, maka begitulah jadinya.
TAMAT
XOXO_CTZ
Waaa..bakat terpendam kini terbongkar suda.. Alahai..sweEtnya inchik PoliZzz!!!!..
ReplyDeleteHengat mention I ad name i.hihihi..
BTW,beszt3!!!.ad bakat. =D
Tenkiu2.. Nama uolss nanti ye..
Deletebeshhh gakk layan cerpen k ikha ni..hehee
ReplyDeleteThx sygss.. Btw, spe ni ea..?? xde nama ni susah ckit.. hehe..
Deletewei ...aku xpuas la ...aku nk lg..pless ..
ReplyDeleteHaha.. sabar ye syg.. In progress..
Deletewoit.. xthan akak kite nih pandai tulis cerpen.. btwy.. ak bru dpt taw (dgn ketaksengajaan) dr cik suly kite.. hehehe.. best la blog nih.. asal ko x anta jer cerpen2 ko nih kat Js compony ker.. Alaf ker.. mane taw rezeki ko.. jd penulis terkenal wok.. huhuh
ReplyDeleteHaha.. Cha, setakat cerpen ni diorang baca sebelah mata je.. Silap2 baca mcm org buta tu hah. Main raba2 jer.. haha.. Tunggulah.. Tengah proceed buat novel.. berbulus mata aku nak naik 400-600pgs.. Now, baru 170pgs.. Prnh dah aku hntr kt penulisan2u tp x dilayan...So, kena improve lg..
Delete