Monday 12 August 2013

Selamat Hari Raya..!!

..Assalamualaikum..
..Heyloo uolls.. Hehe.. Selamat hari raya..
..Even dah masuk Syawal ke-5 dah pun (baru nak wish)..
..Saya ni walau terlambat, tetap nak ucap Selamat Hari Raya..
..Macam mana raya..?? Best tak..?? Saya..?? Erm.. Sama jer..
..Cuma lain daripada tahun sebelumnya..
..Kali ni nenek saya tidak sihat seperti tahun-tahun yang lalu..
..Balik raya pun mengejut je... Tengah syiok shopping raya, hari ahad last week..
..Dapat call daripada one of my family yang mengatakan my grandma sakit teruk..
..Memang sebelum tu dia dah demam hampir 3 hari..
..Then, demam masih tak elok sampai tak boleh bangun..
..Terus family call ambulans dan kena admit..
..Kami yang tengah shopping pun, balik rumah cepat..
..Kemas barang-barang nak balik..
..Tunggu abah balik daripada Sarawak baru kami semua gerak balik Melaka..
..Penat tak usah cerita.. Macam nak patah pinggang ke hulur ke hilir..
..Sampai Melaka dah pukul 2 pagi.. Sampai terus tidur.. Mana boleh pergi hospital..
..Esok paginya, terus pergi hospital, ambil turn jaga nenek..
..2 hari saya tak tidur menjaga nenek..
..Nasib baik, atas budi bicara doktor cantik tu, dapat juga nenek discharge petang raya..
..Walaupun hanya mampu duduk atas kerusi je, tapi tak apa la..
..Asalkan semua orang dapat jumpa dia kat rumah..
..Kalau kat hospital tu, mana boleh masuk ramai-ramai sangat..



..Ini gambar masa nenek dalam wad..
..Kesian sangat.. Mengantuk tapi tak boleh tidur sebab sesak nafas..
..Duduk sakit pinggang, baring sesak nafas.. 
..So, saya menjalankan intervention dengan menyuruh nenek meletakkan kepala atas cardiac table..
..Cardiac position lah senang.. Sebab dia memang sesak nafas.. Bergantung pada oxygen sahaja..
..Katil memang high fowler sebab senang nenek nak menyandar kalau dia sakit belakang..
..Saya faham kerja jururawat sibuk bukan ada masa nak telek semua pesakit..
..Even nenek saya dalam isolation ni.. Sebab saya juga seorang jururawat..
..Memang infection kalau duduk isolation tanpa PPE(Personal Protective Equipment)..
..Hasilnya, saya demam selesema sakit kepala sebelum hari raya..
..Tapi maintain cantik (hehe)...

..Ini pula gambar nenek pagi raya..
..Alhamdulillah dah sihat sikit nampaknya..
..Tapi memang ADL(Activity Daily Living) kena bantu sepenuhnya..
..Sekarang ni mak sedara yang dekat dengan rumah nenek tu jaga nenek sepenuhnya..



..Hehe.. Panjang pula entry ye..
..Itulah.. Si tuan punya blog ni pemalas bebenor nak menulis blog..
..Sekali tulis.. Hah.. Hambek.. Berjela-jela..
..Hehe.. Apa2 pun.. Selamat Hari Raya ye awak-awak..
..Saya minta maaf kalau ada tersalah silap..
..Terkasar bahasa, tersalah kosa kata, tersilap tatabahasa..
..Ter yang apa2 je la.. Halalkan semuanya ya..
..Selamat Hari Raya..
..Assalam..

XOXO_CTZ


No comments:

Post a Comment