Tuesday, 27 August 2013

Polycystic Ovarian Syndrome

..Assalammualaikum..
..Esok saya nak berangkat ke KL.. (Tinggalkan sekejap dunia blog)
..Nak settle hal kolej yang tak habis-habis lagi ni..
..As you know pagi tadi dah meroyan kan.. Haha..
..So, now dah boleh gelak..
..Kalaulah korang kenal saya ni depan-depan..
..Anda-anda semua tak akan faham perangai saya..
..TAK AKAN hokeyh..!! 
..So, kalau bakal suami saya nanti kata..

"Saya dah kenal hati budi dia selama tiga tahun kami bercinta ni  (**pengsan**)

..Phuii.. Penipu bebenor lerr tu yeop.. Idak lerr kamu kenal teman kalau setakat 3 tahun tu..
..Mak teman pun tak paham-paham jugek lagi perangai anak dia ni..
..Dan.. Saya ni.. Tiba-tiba je emosi boleh berubah..
..Tengah ketawa berdekah-dekah sambil guling-guling..
..Bila nampak orang usik barang saya yang tak sepatutnya dia usik.. 
..Terus saya senyap.. That's mean saya naik angin dah tu..
..Kalau naik hantu lagi teruk..
..Haha.. My bff yang dua orang tu selalu kena..
..Tetiba je saya berubah mood.. Tengah karok pun boleh marah-marah..
..Kadang-kadang pasal benda kecil je pun..

..So, adakah anda merasakan saya seorang blogger yang gila atau psiko..??
..Sometime, I think I need to receive some therapy from psychiatry..
..Why..?? Sebab perangai saya tu menyakitkan hati banyak pihak..
..Actually.. Saya ni berpenyakit uollss..
..Bukanlah penyakit yang teruk-teruk tu..
..Bukan ye.. No.. No.. No..
..Let me explain to you about my disease..
..Mari kita berkongsi ilmu yang serba sedikit ini..

POLYCYSTIC OVARIAN DISEASE adalah sejenis penyakit di mana adanya ketumbuhan di ovari.. Ketumbuhan itu biasanya terjadi daripada lebihan isi atau cecair yang terbentuk menjadi kantung-kantung kecil.. Ketumbuhan tu kecil je.. Dan saya mempunyai sebanyak 7 ketumbahan di ovari.. 4 di sebelah kanan dan 3 di sebelah kiri.. Jangan risau ye, ketumbuhan itu benign tak berbahaya seperti ketumbuhan yang lain.. Ianya seperti manusia yang dilahirkan dengan 6 jari dalam satu tangan.. Ianya tak bahaya tapi menganggu self-esteem.. Orang akan pandang serong.. Itu yang saya rasa..

Nampak tak..?? Macam buah delima ovari tu.. Haha..
..Yang biji-biji tu CYST namanya.. 
..That cyst yang menganggu pengeluaran ovum/telur..
..So, bila dah ganggu.. Macam mana mau pregnant..??
..Saya nasihatkan pada gadis-gadis di luar sana..
..Jangan ambil mudah bila tak period tak regular, malas nak buat check-up..
..Malu konon.. Nak malu apanya..?? Doktor bukan nak check tang situ..
..Doktor paling tidak pun buat ultrasound.. Saya ni dah 3 kali buat ultrasound..
..Mula-mula memanglah malu, tapi nak jaga kesihatan kena tahanlah sikit rasa malu tu..
..Kalau doktor lebih-lebih, lempang je.. Tak pun standby kat rumah asah siku tajam-tajam.. Luku je kepala dia.. Baru ada akai.. (Aku pula ajar..Hihi)

..Antara simptom PCOS adalah.. 

  1. Irregular period : Memang hancuss period.. Berterabur tak boleh nak kira langsung.. Macam saya lebih kepada oligomenorrhea..
  2. Hirsutism : Hirsutism adalah penyakit berbulus.. Di mana hormon testosterone (hormon lelaki) melebih-lebih keluar daripada hormon progestrone dan estrogen (hormon perempuan)
  3. Mood Swing : Dengan tidak semena-mena emosi akan berubah 360darjah.. Kadang-kadang saya sendiri tak suka dengan perangai saya yang macam ni, buruk benor aihh..
  4. Resistant to insulin : Berhati-hatilah ye.. Jika anda disabitkan.,Ceh.. Macam jenayah pula.. Jika disahkan mengalami PCOS ni, ada pula diabetic, memang insulin tu tak jalan dah untuk awak.. Nasib badan lah.. Jagalah makan..
  5. Weight Gain : Memang menyakitkan hati.. Makanlah selori ubat kurus pun.. Jogginglah setahun tanpa henti pun.. Badan anda dah memang resistance dengan keletihan tu.. Seminggu yang pertama anda akan seronok bila berat turun sekilo dua tapi lepas tu.. Hampeh.. Satu gram pun tak nak turun dah.. 
  6. Alopecia/Hair loss : Yang ni pun melibatkan self-esteem.. Apatah lagi yang tidak bertudung.. Lagi rasa malu..





..Itu saja simptom yang saya alami setakat hari ini.. 
..Cuma yang insulin resistant tu tak ada larr kan.. Choyy.. Nauzubillah.. Mintak simpang..
..Saya masih lagi dalam pemerhatian doktor..
..Kalau awak tengok saya gemok-gemok dan gemok tu..
..Maknanya period saya semakin tak teraturlah tu..
..Bila dia makin tak teratur, badan saya bagai dipam-pam..
..Jaga makan macam mana pun, tetap macam tu juga..
..Tak susah pun nak jaga PCOS ni..
..Cuma kena control sikit perasaan tu.. Hehe.. Cakap tak serupa bikin..
..Setiap 6 bulan buat check-up untuk ultrasould..
..Nak tengok sama ada cyst tu membesar atau tidak..
..Kalau tak membesar, biarkan je lah.. Kalau membesar, doktor will do something..
..Kalau terpaksa dia akan buang ovary (kalau merbahaya)..
..Tapi untuk anak dara macam kita ni, dia tak akan simply macam tu je nak buang..
..Dia tahu kita nak ada future family..
..Walaupun dengan adanya penyakit ni, peratusan untuk mengandung adalah sangat tipis..
..U know what.. Allah duga saya dengan dugaan bagi penyakit ni..
..Mula-mula saya menangis.. Teruk-teruk menangis.. 
..Tapi bila one of my lecturer bagi nasihat.. Dia pujuk.. 
..My Obstretric and Gynecology's lecturer, Puan Siti Hajar told me..
"Allah duga kamu dengan ujian ni.. Sebab kamu kuat.. Allah takkan beri yang melebihi kemampuan.. Mungkin ada hikmahnya.. Kamu fikir, bila ada penyakit ni kamu susah nak pregnant.. Tak ada lelaki nak kahwin dengan kamu..?? Betul ke..?? Cuba fikir secara positif.. Mesti Allah dah ciptakan yang boleh terima kamu seadanya.. Dia mesti seorang yang baik sebab boleh terima kamu walaupun kamu kata kamu tak boleh bagi dia anak.. bla..bla.."
..Aisehmen.. Meleleh pula air mata teringat Puan Siti Hajar.. Rindu lah..
..Sesungguhnya dia mengajar saya erti kesabaran.. Erti sebenar kehidupan..
..Dia mengajar saya macam mana nak terima hakikat, dengan cara berfikiran positif..
..Terima kasih, Puan.. Saya akan ingat sampai bila-bila..



..Assalam..

XOXO_CTZ


No comments:

Post a Comment