“Seriously?”
Aku yang duduk tekun menulis
laporan pesakit menoleh ke kiri sedikit. Memandang ke arah suara itu. Aku buat
muka pelik. Tanda bertanya.
Sulyza menunjukkan kad kahwin
itu. Aku mengeluh perlahan. Itu isu yang dipersoalkan.
“Ye lah. Dah terang-terangan
aku letak kad tu kat pantri.” Jawabku malas. Sulyza ini memang ada satu
perangai kepochi yang semua staff tahu.
Dia ketawa mengejek. “Ada
pula orang nak kahwin dengan kau.” Sindirnya. Hatiku meletup bagai letupan tong
gas.
“Habis tu? Kau je yang nak
kahwin?” Balas Atiqah.
Aku senyum memandang Atiqah.
Ibu jari aku naikkan. Aku urut dada. Cuba menenangkan diri sendiri.
Istighfar Hani, istighfar
banyak-banyak. Dia memang macam tu. Dah tahu kan perangai dia, jadi abaikan
sahaja. Bertenang.
Sulyza pandang aku dengan
muka tak puas hati.
“Needle tu. Buat elok-elok. Kang tak pasal kena
kaunseling, needle prick injury.” Aku nasihatkan dia sebab aku nampak mata dia
sibuk nak jeling aku walhal dia tengah siapkan kelengkapan untuk ambil darah.
Aku teruskan menuliskan laporan pesakit. Entah apa yang
tak kena dengan dia? Aku nak kahwin dengan suami dia ke? Itu ke yang dia risau?
Selesai tugasan, aku turun ke tempat letak kereta.
Mana pula kunci kereta ni? Aku membebel sendiri. Mencari
kunci kereta di dalam tas tangan.
“Hani.. Nanti dulu. Betul ke kau nak kahwin?”
Aku kusutkan tudung. Serabut aku dengan minah ni.
“Eh kau kenapa psiko aku? Memang betullah. Kenapa? Bakal
suami aku ni, suami kau ke? Bukan kan.”
Dia buat muka meloyakan tekak aku. “Tak lah. Aku nak make
sure je.”
“Apa yang kau nak make sure? Dah for sure. Kad kahwin pun
dah edar. Takkan tak sure lagi.”
Akhirnya kunci aku jumpa. Sekarang ni kereta aku park kat
mana?
“Bye.” Ucapnya dah terus berlalu.
Heyy gilalah perempuan ni. Apa dia nak? Semata-mata nak
tanya aku benda tu? Arghhh.. Sekarang ni kereta aku kat mana?
*****************************************
Aku campak tas tangan. Telefon bimbit aku capai.
“Hello Afi.” Aku terus melulu menjawab tanpa melihat nama
pemanggil.
“Bukan Afi. Aku ni, Zahir.”
“Oo.. Kenapa?” Soalku. Tudung aku tarik. Terasa panas.
Kepala terasa berat. Mahu tak berat, terpaksa bekerja double shift.
“Tak ada apa. Saja je. Sementara Afi belum totally 100%
dapat kau, aku kacau kau dulu.” Zahir ketawa.
Aku turut ketawa. “Afi fly London. Biasalah dia busy.”
“Akhirnya kan.”
“What?” Soalku. Ni lagi sorang. Pening kepala aku. Suka
bagi ayat tergantung. Persoalan yang aku susah nak faham.
“Finally you choose him.”
Aku senyum tawar. Risau juga Zahir berkecil hati.
Dari kecil kami bertiga berkawan bersama. Turun naik
kelas bersama-sama. Makan belajar bermain semua buat bersama. Walaupun aku
seorang je perempuan.
Apa saja benda dibuat bersama. Permainan budak lelaki pun
aku turut serta.
Walaupun kami dari latar belakang keluarga yang berbeza.
Sangat berbeza. Tapi tak ada apa yang boleh membezakan persahabatan kami.
Satu masa, aku terpisah seketika. Berpindah mengikut
keluarga. Tetapi di dunia yang berteknologi tinggi ini, kami sentiasa
berhubung.
Berbelas tahun persahabatan itu terjalin. Sampailah satu
ketika, mereka berdua berani meluahkan rasa masing-masing.
Masa tu rasa terbeban di kepalaku. Tak tahu nak buat
keputusan. Kedua-duanya baik. Kedua-duanya cukup sempurna di mata aku.
Mungkinkah mereka beralah kerana fikirkan aku yang masih
tidak berteman sedangkan mereka masing-masing sudah mula mencari.
Perasaan apakah? Kesian pada aku? Mungkinkah.
Mungkin Zahir sedikit tercabar apabila aku lebih memilih
Afi. Tapi dia lebih faham perangai aku.
“Kau memang mata duitan.” Zahir ketawa. Gurauannya itu
sudah lali di telinga ku. Sudah menjadi halwa telinga setiap kali kami
bersembang.
“Mungkin jugaklah aku pilih Afi sebab duit. Entahlah, aku
pun tak pasti.” Itu jawapan yang aku beri bila mereka mempersoalkan kenapa.
Afi lebih senang tersenyum. Dia tak kisah. Asalkan aku
terima sudi terima kekurangan dia.
“Oiii.. Tengah bersembang dengan aku pun kau boleh
berangan.” Suara Zahir memekik di hujung talian.
Aku tersedar yang aku sedang mengelamun. Dahi aku tepuk.
Macam mana boleh berangan jauh sangat ni.
“Afi tu pun kalau berangan, boleh menjunam jatuh kapal
terbang tu.” Tambah Zahir lagi.
“Puakanya mulut kau. Nanti aku nak kahwin dengan siapa?”
“Aku kan ada. Galang ganti. Hutang-hutang kahwin mak dia
je lah yang bayar.” Jawab Zahir.
Aku ketawa. Sengal. Kalau Afi ada sekali, memang dah
bertikam lidah.
“Eh, ada banyak whatsapp masuk ni. Mesti daripada Afi.
Baik baca cepat.” Ujarku bila notification semakin banyak.
Dan mulalah aplikasi Whatsapp itu berbunyi tanpa henti.
Budak berdua ni kalau bersembang tak ingat dunia.
Aku mencapai tas tangan dan tudung. Baik aku mandi dan
tidur. Ada baiknya daripada melayan mereka berdua bersembang benda merepek.
************************************************
“Kak, barang hantaran semua mana? Nak bagi kat Kak Aira
buat hantaran.” Mak menyelongkar bilikku.
“Orang dah letak kat depan mak. Kejap lagi Kak Aira
datang ambil.” Aku membetulkan semula cadar.
Mak mengangguk. “Tan Sri dengan Puan Sri macam mana?
Tidur sini ke?” Soal mak.
Aku gelak. “Tak lah mak. Afi kata dia tak nak susahkan
kita. Mak bapak dia tidur hotel.”
“Eleh, orang kaya mana nak tidur rumah kita. Nak masuk
toilet pun geli.” Sampuk adik perempuanku.
Aku tampar juga budak ni. “We will see. Dia geli nak masuk
toilet sini or kau yang ketawa guling-guling tidur dalam toilet rumah dia.” Aku
perli Hana.
Mak sengih. “Dah lah. Mak tak payah fikir dia. Mak fikir
sedara mak yang lagi sekapal nak datang tu. Kita sediakan 3 buah homestay je.
Yang lebih tanggung sendiri.”
Mak angguk. “Betul tu. Berkoyan sedara bapak kau.” Kuat
suara mak, sengaja bagi abah dengar.
“Eh, sedara kita pula. Sedara sama-sama lah.” Jawab abah
yang tengah sibuk bagi makan itik.
Memandangkan sekarang tengah musim FIFA World Cup,
makanya Afi dan Zahir tu seharusnya bertengkar pasal pasukan masing-masing.
Dah sarat notifikasi whatsapp dengan perbualan mereka.
Naik rimas aku.
Hani Nadia : Excuse me. Nak tanya something boleh?
Hairul Hafifi : What? Sibuklah, orang tgh gaduh ni.
Zahir Zamri : Apa kejadahnya?
Hani Nadia : JDT masuk FIFA World Cup tak? Hahahahahaha..
Zahir Zamri : Ada juga makan kaki budak ni.
Hairul Hafifi : Dah sayang.. Pergi main jauh2, ada yg kena tendangan penalty ni kang.
Hani Nadia : Hahaha.. Mangkuk. Sembang dua orang tak ingat dunia.
Zahir Zamri : Dunia la ni. World Cup.
Hani Nadia : Phuiii.. Boleh jalan daaa..
Hairul Hafifi : What? Sibuklah, orang tgh gaduh ni.
Zahir Zamri : Apa kejadahnya?
Hani Nadia : JDT masuk FIFA World Cup tak? Hahahahahaha..
Zahir Zamri : Ada juga makan kaki budak ni.
Hairul Hafifi : Dah sayang.. Pergi main jauh2, ada yg kena tendangan penalty ni kang.
Hani Nadia : Hahaha.. Mangkuk. Sembang dua orang tak ingat dunia.
Zahir Zamri : Dunia la ni. World Cup.
Hani Nadia : Phuiii.. Boleh jalan daaa..
“Aii kak, bukan main meleret
senyum. Macam nak koyak mulut.” Tegur Adib, adik lelakiku.
Aku ketawa. “Kau punya
hiperbola, teruk sangat tu. Nak bagi punchline pun tak agak-agak.”
“Kak.. Nanti dah kahwin kau
duduk sana ke?” Soal Adib.
Aku angguk. “Kenalah ikut suami.”
“Kitaorang?” Soal Adib.
Aku ketawa. “Takkan aku nak angkut korang duduk sekali
dengan aku.” Adib garu kepala.
“A’ah kan. Jangan lupa balik sini tau kak.”
“Isyh, takkanlah aku lupa. Gila ke.”
“Mana tahu kau dah gila terjun dalam lombong duit, tak
nak baliklah jawabnya.” Aku sengih. Pandai adik aku menjawab.
************************************************
“Tahniah bro, finally kau dapat dia. Aku kalah. Angkat bendera
putih.” Zahir salam dan berpelukan dengan Afi.
“Well, jodoh kan. Ramai mana pun perempuan keliling aku
tetap tak ada yang dapat faham aku.”
Zahir angguk. Sememangnya Afi sangat teliti dan kemas
orangnya. Teliti dalam semua perkara.
“Dulu aku ingatkan nama Hani Nadia + Muhammad Zahir, tapi
sedih je pula aku tengok banner tu terpampang nama Hairul Hafifi + Hani Nadia.”
Ujar Zahir.
“Tak payah nak sedih sangatlah. The best man win.” Afi
ketawa. Zahir tumbuk bahu Afi.
“Bro, kau jaga kawan baik aku elok-elok. Sikit dia
menangis pun, lebam biji mata kau.”
Afi dan Zahir ketawa. “Tu aku tahu. Risiko yang memang
tinggi. Kalau dia gaduh dengan aku mesti dia mengadu dengan kau. As usual bro.”
“Memang aku macam microphone dengar korang berbual kat
sini.” Aku tarik lengan Afi.
“Ye lah, aku nak baliklah ni. Lepas ni janji carikan
untuk aku someone. Eh, tapi adik kau macam comel je.”
Aku berpaling memandang ke arah Hana. “Adik aku? Comel?”
“Ye lah. Comellah daripada kau.” Ketawa Afi dan Zahir
bergabung. Amboi, bukan main ketawakan aku.
Hana memandang ke arah kami apabila terdengar suara Afi
dan Zahir yang menggilai ketawa.
“Hana…” Aku menggamit Hana.
Hana menghampiriku. “Ini Abang Zahir.”
Hana buat muka pelik. “Kenal dah. Kenapa?”
“Dia nak kenal lagi.” Ujar Afi. Muka Hana memerah dan
terus berlalu.
Afi dan Zahir ketawa lagi. Aku geleng kepala. Diaorang ni
kalau nak dipukul dah besar panjang.
**********************************************
Aku berpusing, menghempas badan. Memang gaya aku tidur.
Tiap kali berpusing memang aku menghempas badan.
“Hani.. Cuba tidur macam perempuan sikit.” Perlahan suara
Afi. Antara dengar dan tidak. Suara mamai. Aku senyum.
Aku sengaja pusing lagi sekali. Afi garu kepala. “Kau
pusing lagi sekali gaya macam orang nak wrestling, aku gigit kau sampai lumat.”
Aku ketawa. “Tidur.. Tidur.. Tak selesa eh?” Aku tepuk
bahunya.
“Rumah okey, katil okey, semua okey. Kau je masalahnya
sekarang ni. Sakit badan aku, Hani.” Gumamnya.
Letih sangatlah tu. Dalam letih pun nak bertekak dengan
aku. Tidurlah wahai lelaki yang baru bergelar suami.
Sekali lagi aku berpusing. Kali ni memang spontan.
“Haannnii..”
Berdekah-dekah aku ketawa dalam selimut.
Esok paginya, Afi meminta ubat tahan sakit. Aku ketawa.
“Kenapa?”
“Sakit badanlah. Kau punya pasal.” Berkerut dahinya.
“Aii.. Pengantin baru biasalah sakit badan.” Ujar Mak
Ngah yang terdengar perbualan kami.
Sengihan Mak Ngah buatkan ketawaku mati di situ. Afi
pandang aku dengan pandangan mengusik.
Aku terus menuju ke dapur. Mengambil ubat tahan sakit di
dapur.
“Afi selesa ke duduk sini? Rumah ni tak ada lah tilam
empuk, mandi pun air sejuk semuanya.” Aku toleh melihat Afi yang mengekoriku
sejak tadi ditegur oleh mak.
“Okey je mak. Tak kisahlah, janji dapat mandi dapat
tidur. Cukuplah tu.” Jawabnya.
“Kak.. Kawan kau datang.”
“Siapa?” Soalku.
“Entah. Pergilah tengok sendiri.” Jawab Adib.
“Eh, kau ada kawan lain ke selain daripada aku dengan
Zahir?” Usik Afi. Aku menyiku perut Afi. Kurang ajar punya ayat. Macam aku ni
beruk dalam hutan pula.
Afi ketawa bila aku tarik muka masam. “Dah, pergi tolong
bapak aku.”
Afi hulurkan kembali gelas selepas menelan sebiji ubat
tahan sakit. “Abah kita.” Dicuit hujung hidungku.
Aku terus meluru
keluar. Kawan-kawan sekerjaku yang tak dapat hadir semalam. Jadi mereka sekadar
menjenguk hari ini.
“Oo, itu ke suami kau?” Soal Sulyza.
Aku mengganguk. Lebih banyak berbual dengan staff yang
lain. “Handsome. Kaya pula tu.” Tambah Sulyza.
Berkerut dahi aku. “Mana kau tahu dia kaya?”
“Ala, semua orang tahu. Semua staff bercerita. Kau tu kan
mata duitan.” Jawabnya terang-terangan.
“Whatever. Tak kisah apa orang nak kata. Yang penting aku
sayang dia, dia pun sayang aku.” Jawab aku.
“Betullah kan..” Sulyza hendak menyambung ayatnya namun
pantas dipotong Atiqah.
“Sudahlah Sulyza.. Jangan nak kondem orang. Suami kau
penoreh getah je tapi kaya duit kepok-kepok juga. Suami dia duduk kerja dalam
air cond, suami kau kerja dalam panas. Tu je beza.”
Sulyza menjeling. “Eleh, okeylah tu daripada jadi
andartu.”
Aku tarik Sulyza dan Atiqah. “Sudah.. Ada yang kena
lempang di hari perkahwinanku ni kang. Dah, jom makan.”
***********************************************
Aku memandang Afi yang sedang bersiap untuk memulakan
tugas. Jam menunjukkan ke angka 4.00 pagi.
Dia harus melapor diri beberapa jam lebih awal. Aku
menggosok mata untuk yang ke berapa ribu kali.
“Pergilah tidur.” Afi mendekati aku.
“Jomlah tidur.” Ujarku. Wangian yang dipakainya menusuk,
memenuhu seluruh ruang bilik.
Afi ketawa. “Kalau aku tidur, memang alamatnya kena buang
kerja.”
Aku mainkan tali lehernya. Sengaja menguji.
“Jangan buat pasal, Hani.” Afi bangun dari katil. Mengambil
stoking dan mula menyarungkan ke kaki.
“Nak anak?” Soal Afi.
Aku buat muka pelik. “Kau?”
“Aku tanya kau.” Jawab Afi. “Anak kucing?”
“Anak kucing nak buat apa. At least bila ada anak, boleh
teman kau bila aku tak kerja.” Jawabnya lembut.
“Tak nak lah. Aku sorang je kena jaga. Kena pergi check
up sorang-sorang, pergi beli baby stuff sorang-sorang. Semua buat sorang.
Alone.”
Afi tarik beg rodanya keluar dari bilik. Aku ikut.
“Dah tu, aku nak ambil maid kau yang tak nak.” Afi
berhenti di tangga apabila aku masih lagi membebel.
Aku teruskan membebel. Di pintu rumah. Afi berpusing
memandang aku. Dipegang kedua-dua pipiku.
“Enough sayang.. Enough. Okey, kita bela anak rambut anak
tekak je. Full stop.” Dahiku dikucup.
Air mataku mengalir laju. Tiba-tiba aku emosi pagi-pagi
buta ni.
“Kenapa? Janganlah macam ni. Kau buat aku susah hati nak
pergi kerja. Aku tak marah pun.”
Aku menggeleng. “Pergilah.” Aku salam dan kucup
tangannya. Semoga ada yang mengerti.
**************************************
“Dah nak dekat setahun kan kau kahwin? Tak ada ‘isi’ lagi
ke?” Aku tersentap. Boleh pula waktu menyerahkan laporan pesakit dia bertanya
hal peribadi aku.
“Eh, nanti cerita. Cepat-cepat.” Vasantha mematikan
hasrat Sulyza untuk bertanya lagi. Semua orang di situ perasan air muka aku
yang berubah.
“Oh aku lupa, kau nak remove sebelah ovary kan? Time kita
study dulu kan. That’s why lah susah. Hati-hati tau, lelaki ni banyak duit,
senang je cari lain.”
Aku mengeluh perlahan. Atiqah yang sedang menyemak IO
Chart memandang aku. Memberi isyarat supaya aku pulang segera.
Di dalam kereta aku menangis semahunya. Lepaskan apa yang
ada. Hatiku begitu tersentap tatkala ramai yang mempersoalkan zuriat.
“Afi..”
“Ye sayang.” Afi leka dengan permainan di telefon
pintarnya.
“Ada benda aku nak cakap.” Hujung baju aku pintal-pintal.
Afi pandang perbuatanku yang seakan resah. Telefon
bimbitnya di letak di sisi. Dia mendekatkan diri sedikit.
Aku tunjukkan laporan kesihatan suatu ketika dahulu.
Berkerut dahi Afi.
“Aku tak faham bahasa medikal kau. Cuba explain, sayang.”
“Kau mesti nak anak sangat kan. Tapi pada aku, cuma
tinggal satu ovary yang boleh berfungsi.”
Afi ambil kembali kertas laporan itu. Baru dia faham.
“I’m sorry, Afi. Aku tak boleh jamin 100% boleh bagi kau
anak.” Tangisanku semakin kuat.
“Aku stress bila orang asyik tanya. Aku tak tahu nak buat
apa. Aku tak nak sembunyikan daripada kau lagi.”
Aku menangis. Lama. Afi pun diam kaku. Bertambah sebak di
dada.
“Dah puas menangis? Salah kau ke benda jadi? Kau nak ke
benda jadi?” Tangisanku teresak-esak bila disoal begitu.
“Berdosa ke aku tak bagitahu kau dari awal tentang ni.”
“Hani.. Aku tak lah romantik macam suami orang lain. Tapi
biarlah kau tahu, aku ampunkan apa saja dosa kau dari mula kita kahwin dan
untuk yang lepas-lepas ni.”
Afi peluk aku. Erat.
“Kau takkan tinggalkan aku?”
“Kau takkan tinggalkan aku?”
“Itu bukan janji aku. Itu takdir Allah. Tapi aku janji,
selagi aku bernyawa, aku akan cuba pertahankan rumahtangga kita sampai
bila-bila.”
Kereta belakang mula membunyikan hon. Sekaligus mematikan
lamunan.
“Afi.. Aku rindu kau.”
******************************************
“Zahir.. Mana Afi?”
Zahir mendekati aku. “Hani.. Kau penat sangat ni. Kau
pengsan masa drive tadi.”
“Afi pergi ambil mak kau.” Ujar Zahir. Aku angguk. Baru
aku sedar, di hospital rupanya aku terbaring.
“Afi..”
“Ye sayang. Why? Kenapa boleh jadi macam ni? Tak bagus
tau untuk baby kita.” Afi duduk di tepi katil.
Aku pandang Afi pelik. Apa yang dia ni merepek.
“Doktor tanya bila last mensus?”
Aku berfikir. Aku jarang sangat ambil kira kitaran haid.
Sebab memang kitaran tak teratur.
“That’s why tak tahu you are pregnant. Walaupun irregular
mensus, tetap kena tahu sayang.”
Mak peluk aku. Kuat. Terasa menitik air mata mak di
tanganku. “Mak, kenapa?” Soalku.
“Kak, kau mengandung. Dah tak faham omputeh ke? Mak lagi
faham Afi cakap tadi.” Jawab mak.
Aku pandang Afi sekali lagi. “Ye sayang. You’re pregnant.
Rezeki Allah.” Afi peluk aku dari belakang.
“Huh?” Aku pandang Zahir, meminta kepastian.
“Hey, aku bapaknya. Bukan dia.” Afi pusingkan muka aku
memandangnya.
Meledak ketawa seluruh bilik rawatan itu.
“Hey, ini hospital. Bukan rumah persinggahan.”
“Alamak, kan misi dah marah.” Zahir dan Afi sambung
ketawa. Kau ingat dia hairan bila aku marah? Lagi dia ketawa.
Sesungguhnya rezeki Allah datang tanpa kita duga.
Semestinya setiap masa kita perlu berjaga-jaga.
Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk, jadi hargailah setiap
peluang yang ada.
No comments:
Post a Comment