..ASSALAMUALAIKUM...
..Pelik tak title entry tu..?? Haha.. Gila kan..?? Dah 10 Ramadhan da.. Baru nak nak wish..
..Anway dah lama tak berblog.. Sebabnya sibuk yang amat..
..Sibuk pergi tolong jiran buat kuih raya (dapatlah cari duit raya sikit kan, hehe)..
..Sibuk menguruskan hal-hal rumah ni, hal adik-adik..
..Mana nak pick-up adik-adik dari sekolah lagi, nak uruskan anak2 asuhan mak lagi..
..Malam pula semestinya terawih pula.. Lepas tu sempat la main bunga api sebatang dua..
..Hiburkan hati sekejap.. Leraikan kekusutan di kepala..
..Haisyh.. Tambah pula adik-adik lelaki saya ni makin degil.. Apa nak nak buat ye..??
..Ada petua tak..?? Asyik keluar malam jer..
..Bila ayah saya dah terbang ke Sarawak ni..
..Adik2 dah menjadi tanggungjawab saya.. Peninglah kepala adik2 oii..
..Kepala dah sedia serabut menjadi semakin serabut..
..Tapi nak buat macam mana..
..Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan..??
..Bukannya 100% salah mereka.. Mungkin saya perlu gunakan pendekatan psikolgi..
..Adik2.. Study for your brighter future..
..Bukannya untuk kakakmu ini..
..Walaupun kakakmu ini kuat membebel sejak kebelakangan ini..
..Percayalah.. Semua ini bersebab..
..Suatu hari nanti kita akan hilang tempat bergantung.. Kita akan hilang tempat mengadu..
..Kita akan hilang tempat berkasih sayang.. Kita akan hilang tempat bermanja..
..Saya cuba menjadi kuat dari saat ini..
..Cuba hidup tanpa lelaki..
..Tiada istilah merana tanpa lelaki..
..Walaupun lelaki itu yang menanggung kami sekeluarga..
..Yang membesarkan saya dari saat saya dilahirkan hingga kini..
..Tapi saya cuba untuk bahagia tanpa dirinya..
..Kerana dia sudah mempunyai tanggungan lain..
..Tanggungjawabnya sudah bertambah..
..Mulut untuk diberi makan sudah bertambah..
..Pedih hati tak payahlah kata..
..Biarlah rahsia ini menjadi rahsia antara kita para blogger yang sudi berkongsi rasa dengan saya..
..Tiada ahli keluarga yang tahu melainkan adik perempuan saya..
..Tidak saudara mara mahupun mak saya.. Saya tak nak orang lain tahu..
..Biarlah.. Biarlah menjadi rahsia..
..Persoalannya sampai bila..?? Biarlah sampai bila-bila..
..Hanya Allah tempat saya mengadu..
..Moga Ramadhan yang mulia ini dapat menyuntik semangat dalam diri saya..
..Doakan saya diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga keluarga tercinta..
..Dan untuk beribadah kepada Allah SWT..
..Amin.. Semoga kalian juga begitu..
..Terima kasih sudi membaca luahan hati saya..
..Hokeyh (kesat air mata sket)..
..Selamat berpuasa dan selamat membeli baju raya (hehe)..
..Saya belum lagii.. Tunggu dapat gaji a.k.a duit raya daripada majikan a.k.a jiranku..
..Selamat berterawih juga.. Assalam..
XOXO_CTZ
i'm proud of u syg .sy faham perasaan kamu ...
ReplyDeletetenkiu my lovely fwenz.. da la rajin komen kat sini.. hehe..
Delete